Monday, August 10, 2009

Mombloggerplanet Cutest Baby With TOYS Contest

Saya masukkan banyak gambar mengikut umur Naim kerana bila sampai umur tertentu, tahap perkembangan motor kasar dan motor halus juga berubah. Penglihatan juga semakin bagus, jadi pemilihan mainan juga adalah berbeza



Naim Hamzi 4 bulan-Naim paling suka main kat Playgym dia masa ni, masa 4 bulan Naim dah boleh mencapai objek. Bila dapat, dia akan masukkan dalam mulut. So kena pastikan mainan tersebut lembut dan bersih.



Ni masa umur Naim 6 bulan, Naim sangat suka dengan kura-kura yang ayah Naim belikan ini sebab kura-kura ni boleh bergerak dan berlampu kelip-kelip siap dengan muzik sekali




Ni masa Naim umo 9 bulan, dah boleh duduk, tengok tu sampai muncung mulut tengok kat bear tu. Ni bear Naim, saya belikan untuk teman Naim masa tidur. Kitorang namakan bear ni BOBO




Ohhh....anakku ini...ummi dah beli siap mainan untuk disusun tu, tapi payung ummi jugak dia main....pada umur 1 tahun, koordinasi tangan dan mata semakin baik dan mereka boleh menyusun blok atau gelung pada tempatnya dengan baik, tapi Naim belum boleh lagi. Saya dah cuba ajar dia, masukkan gelung tu berulang kali, pastu suruh dia masukkan, tapi belum sampai lagi masanya kot...


Ni pulak aksi Naim masa dapat hadiah hari jadinya yang pertama. Nampaknya Naim paling suka lori tu...



GAMBAR TERBARU

Naim dengan lori baru dapat masa hari lahirnya yang pertama







Nama: Naim Hamzi bin Halimi
Tarikh Lahir:24 Julai 2008


Pendapat saya mengenai penggunaan permainan untuk perkembangan awal kanak-kanak

Pada pendapat saya penggunaan permainan adalah sangat penting, ianya bukan sekadar untuk membuatkan kanak-kanak lebih gembira, tetapi ianya adalah sebagai satu pemangkin untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak tersebut. Ianya juga boleh mengembangkan minda di mana kanak-kanak akan meneroka dengan lebih jauh, berfikir, menggunakan pemikiran dan logik, kreativiti apabila diberikan permainan yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Selain itu, ibu-bapa juga harus peka dalam pemilihan permainan, terdapat permainan yang mengandungi bahan berbahaya seperti plumbum, aerosol, tanah liat dan lain-lain yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak itu sendiri, oleh itu pastikan membeli barang permainan yang berkualiti dan tidak mengandungi bahan berbahaya itu.

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, pemilihan permainan haruslah selari dengan perkembangan motor kasar, motor halus dan tahp penglihatannya. Pada masa bayi, penglihatan bayi adalah kabur dan akan semakin baik apabila mencapi umur 1 tahun. Biasanya penglihatan akan matang sepenuhnya pada umur 7 tahun. Oleh itu, masa bayi baru lahir, permainan yang paling baik ialah muka ibunya sendiri, bayi akan merasa tenang bila melihat muka ibunya walaupun penglihatannya pada masa itu sangat kabur. Untuk merangsang penglihatan bayi, gunakan objek yang besar dan berwarna-warni

Panduan memilih mainan terbaik untuk anak

# Kesesuaian umur - Mainan yang diberikan mestilah menyeronokkan dan tidak membosankan. Untuk itu anda perlu memilih permainan yang sesuai dengan usia anak dan dapat membantu merangsang perkembangan minda dan fizikal mengikut pada tahap sewajarnya.

# Keselamatan - Pastikan anda memberi permainan yang selamat dan menyeronokkan untuk anak anda serta bukannya senjata yang boleh mendatangkan bahaya. Oleh itu, ketika membeli permainan, anda hendaklah memeriksa kerosakan reka bentuk mainan itu dan sentiasa perlu memeriksanya dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kerosakan pada permainan itu. Misalnya, periksa bahagian permainan itu sama ada boleh tercabut dengan mudah atau sebaliknya. Adakah bahan digunakan itu mudah terbakar dan pastikan permainan itu menepati piawaian keselamatan kanak-kanak dan diperbuat daripada bahan material yang memberi kesan pada kesihatan seperti ada toksin dan sebagainya.

# Kesediaan untuk menerima - Reaksi anak anda paling utama dalam menilai sama ada anda sudah memilih mainan yang terbaik atau tidak. Oleh itu, jangan paksa anak, sebaliknya berikan kebebasan kepadanya memilih mainan yang disukainya. Membiarkan anak memilih permainannya sendiri juga memberikannya berbagai pengalaman yang menarik terhadap rasa ingin tahu.

# Pengawasan - Sesekali mungkin boleh membiarkan anak bersendirian dan leka bermain dengan permainan diberikan, manakala anda pula bolehlah menguruskan kerja sendiri. Tetapi sebaik-baiknya anda perlu rajin melayani anak ketika dia bermain supaya dapat mengetahui tahap perkembangannya dan membantu meningkatkan kemampuan fizikal, emosi, dan kognitif anak.

Apa yang anda harus tahu:

# Anda tidak perlu membeli permainan pendidikan terbaru di pasaran kerana mana-mana permainan yang disukainya itulah yang memberi pendidikan kepadanya. Kanak-kanak adalah pelajar semula jadi dan apa saja yang diminatinya akan mengajarnya sesuatu.

# Selain menyenangkan, tentu saja mainan yang anda pilih juga harus memiliki unsur pendidikan. Sia-sia saja anda membeli mainan dengan harga mahal, tapi tidak ada manfaatnya untuk perkembangan anak.

# Jantina biasanya digunakan sebagai faktor untuk memilih mainan. Tetapi sebenarnya itu tidak mutlak. Jangan selalu menganggap bahawa anda tahu apa yang diinginkan anak. Terdapat kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan boneka, tetapi ada juga memilih bermain dengan robot atau kereta seperti kanak-kanak lelaki.

# Komunikasi dengan anak anda mengenai mainan barunya. Kalau perlu, beritahu juga nilai harga mainan itu supaya anak boleh menghargainya dan akan menggalakkannya menjaga dengan baik.

# Barangan terpakai yang dikitar semula atau barang-barang kegunaan di rumah boleh juga dijadikan permainan menyeronokkan dan selamat. Jika anda tiada kemampuan membeli mainan anda, fikirlah cara kreatif untuk menghasilkan sendiri mainan untuk anak anda menggunakan bahan-bahan di rumah.


Perkembangan motor bayi

Pada masa bayi baru lahir ia tidak berupaya untuk memegang satu-satu benda tetapi dapat menyentuhnya sahaja. Apabila ia berumur 3 hingga 4 bulan, bayi boleh menampar benda-benda yang ditunjukkan kepadanya tetapi masih tidak boleh menggenggam benda tersebut. Mereka dapat menggenggam tangan sama ada secara cepat atau lambat (Bower, 1982). Tambahan pula, mereka masih belum mempunyai koordinasi mata-tangan. Connoly dan Elliot (1972) telah mendapati bahawa pergerakan genggam bayi bertukar daripada bahagian dalam tapak tangan ke ibu jari dan hujung jari-jari dan ini merupakan satu kemajuan yang berlaku sehingga bayi berumur 9 bulan.

Perkembangan motor bayi pula boleh dibahagikan kepada 2 kategori umum.

1) Perkembangan lokomasi dan postural yang melibatkan kawalan badan dan koordinasi tangan dan kaki untuk bergerak.
2) Perkembangan prehension iaitu kebolehan yang menggunakan tangan untuk makan, pegang sesuatu benda dan sebagainya.

Perolehan kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan bayi bergerak balas mengikut persekitaran dan lebih bebas untuk bergerak.


Perkembangan motor bayi dapat dipelajari melalui penerokaan terhadap pelbagai tingkah laku bayi seperti gerakan refleks, tingkah laku berirama atau rhythmic behavior, motor kasar dan motor halus. Perkembangan kemahiran-kemahiran motor ini adalah saling berkait dan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain.

· Gerakan refleks
Gerakan refleks merupakan pergerakan yang dapat dilihat sejak bayi dilahirkan. Gerakan refleks bersifat automatik, tidak dapat dikawal dan wujud sebagai tindak balas bayi terhadap rangsangan yang terdapat di persekitaran. Melalui gerakan refleks inilah bayi membina tindak balas penyesuaian terhadap persekitaran sebelum berlakunya proses pembelajaran secara sedar. Gerakan refleks juga dikatakan mempunyai nilai survival iaitu sejenis kemahiran yang bersifat semla jadi untuk membantu bayi meneruskan kehidupan.

Jenis gerakan refleks di kalangan bayi:
1) Tingkah laku menghisap
Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yang dibekalkan sejak lahir bagi bayi dan amat penting bagi bayi untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air, bayi yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan di mulut. Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi semakin membesar iaitu berusia 3 atau 4 bulan.

2) Refleks mengesan punca (rooting reflex)
Refleks mengesan punca merupakan reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan memaling ke arah tempat yang disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.

3) Refleks moro
Bayi didapati serin melakukan pergerakan menyentak atau strartle sebagai reaksi kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan. Pergerakan ini dikenali sebagai gerakan atau refleks moro. Pergerakan ini membolehkan bayi berpaut kepada panjaganya supaya tidak jatuh.

4) Refleks menggenggam (grasping or palmar reflex)
Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut dengan kuat. Selepas bayi mencapai usia 3 bulan tingkah laku ini akan hilang dan berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan. Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila melihat sesuatu objek.
Tingkah laku refleks yang lain adalah seperti refleks berenang dan memijak. Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang lebih bertujuan, manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat. Tingkah laku refleks yang kekal adalah batuk, mengerdipkan mata, menguap, sentakan lutut dan bersin.

· Tingkah laku berirama (rhythmic behavior)
Tingkah laku berirama seperti pergerakan anggota yang kerap ditunjukkan oleh bayi pada tahun pertama.
· Kemahiran motor kasar
· Kemahiran motor halus



Perkembangan Pesepsi Visual-Rujuk balik notes Dr Chen Ai Hong masa saya study dulu

1. Beberapa minggu yang pertama-Bayi melihat benda-benda di sekitar mereka

2. 1 bulan- Bayi memerhati lebih lama pada gambar muka daripda gambar muka yang berseletakCScrambled picture)

3. 3 bulan- Menghulurkan tangan ke arah benda yang mereka lihat dan mengalih pandangan dari tangan ke objek

4. 4 bulan- Memegang objek dan menerokai dengan jari dan menghayati 3 Dimensi(stereopsis)

5. 5-6 bulan-Minat terhadap benda yang biasa bersifat sementara , minat terhadap benda yang aneh bermula.

6. 8-9 bulan-Mungkin tidak mengenali objek tetapi boleh menyedari perubahan corak penglihatan yang dicetuskan oleh 3 dimensi

7. setahun- Menyedari bahawa objek mempunyai identiti yang kekal

8. 5-6 tahun-Melihat bentuk yang kompleks dengan tepat


Kesimpulannya
Permainan adalah penting untuk perkembangan awal kanak-kanak

TQ


CONTEST INI TELAH DIANJURKAN OLEH

MOMBLOGGERSPLANET

PHOTOBOOK

ALICEWONDERS


p/s Saya harap dapat menang contest ni sebab saya memang nak sangat photobook yang berkualiti tu dan Handbag bergaya dari alicewonders tu, apapun kalah menag memang adat kan, terima kasih mombloggersplanet kerana menganjurkan contest ini....:)

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP