Thursday, November 28, 2013

Wafiq Hafi dah sebulan..:)


Sudah sebulan dah si kenit Wafiq Hafi ni, muka sama macam Faiz masa kecik, tang hidung memang tak leh lari, tiga-tiga hero hidung penyet eh...hehe..takpe..penyet pon hemsem jugak kan. ummi sayang sangat kan..:)


Wednesday, November 6, 2013

Kisah Bersalin kali ke-tiga-Baby Wafiq Hafiy











Syukur alhamdulillah, bersalin kali ni dipermudahkanNya walaupun sakit bersalin memang tersangat2 sakit, rasanya suara saya je yang kedengaran, orang lain bilik2 sebelah diam je, dengar2 dah bunyi baby menangis, saya lak keluar semua zikir la time contraction tu, sakit ya Allah je yang tahu.

Kronologi kisah bersalin

Pagi, macam biasa, gi keje, sempat check 3 patient, pastu gi toilet tengok dah keluar darah, ada staining, memang dari pagi rasa macam dah tak sedap berjalan, rasa macam baby dah kat bawah..:)

Dlm pukul 10.00 balik rumah, husband terus bawak gi Hospital an-nur, nurse check tengok dah bukak 4 cm, tapi belum ada contraction, masa ni tak rasa sakit lagi ye...boleh senyum gurau bagai k.

Pukul 12.00 masuk labour room, tunggu contraction.

pukul 5, belum rasa contraction,doktor Khamsiah check baru bukak 5 cm, bayangkan dah berapa jam baru bukak 5 cm, Dr Khamsiah pecahkan air ketuban supaya cepat bukak,pukul 6,nurse pasang drip, masukkan ubat induced supaya cepat bukak. Doktor nak cepatkan bersalin sebab baby dah berak(keluarkan meconium)

pukul 9 malam, baru bukak 8m, masa ni contraction every 2 minutes, masa ni memang sakit yang teramat and dah rasa nak teran, tapi nurse kata tunggu bukak 10cm baru boleh teran(sakit yang teramat)

pukul 10.00, ok dah bukak 10cm, boleh teran, dengan sekali push, baby keluar...syukur alhamdulillah

Dah keluar baby memang sangat lega, kali ni jahit episiotomi tak banyak, so tak sakit sangat. keesokan harinya dah boleh keluar tapi baby tak kencing lagi, so tunggu baby boleh kencing dulu baru boleh balik, saya stay satu hari lagi kat hospital.

Untuk sesiap yang nak tahu kos bersalin di Annur ni ialah

Total 3 hari 2 malam bilik quad(4 org sebilik), termasuk kos induce, nursery baby, wad round doctor ialah
RM2044.00

Nim kali ketiga saya bersalin di Hospital An-Nur, pada saya perkhidmatan kat sini sangat memuaskan. depends pengalaman masing2 andkadar masing2 la,pada saya , saya sangat puas hati....:)..alhamdulillah


  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP