CONTEST CUTEST BABY WITH BOTTLE
ANJURAN MOMBLOGGERSPLANET
Bila saya lihat tajuk contest mombloggersplanet bulan ni, saya terfikir nak masuk ke tak. Sebabnya Naim dah menang bulan lepas, takkan nak masuk lagi. Bagi peluang kat orang lain pulak. Tapi saya memang tak dapat menahan diri sebab macam-macam bermain difikiran ni. Masa nak tidur pun terfikir. Banyak sangat informasi nak dikongsi. kalau tak menang takpe, kalau menang ianya satu BONUS besar.
Naim Hamzi tengah kusyuk minum susu ni
Ni gambar eksklusif Naim dengan awek okeh...he he
NAMA:NAIM HAMZI BIN HALIMI
TARIKH LAHIR:24 JULAI 2008
Untuk botol susu Naim, saya memilik jenama NUK, made in Germany. Saya memilih botol ni sebab Naim suka design nipple NUK ni. Nipple NUK di reka mengikut puting ibu, so bila hisap susu macam breastfeeding, guna rahang untuk menghisap compare dengan puting biasa tak menggunakan rahang, so baby mudah confuse nipple kalau puting biasa. Dulu Naim susah sangat, tak nak hisap susu melalui botol, puas ajar tak nak jugak, berbagai jenis botol jugak saya cuba, akhirnya sampai sekarang Naim suka botol NUK ni. Saya juga memilih botol ini kerana botol ini bebas BPA iaitu bahan berbahaya yang mempunyai banyak kesan sampingan.
Selain itu, NUK mempunyai Orthodontic Nipple yang
promotes healthy teeth formation dan menguatkan rahang bayi, dan
Nuk Air System membolehkan bayi untuk minum berterusan tanpa menyebabkan colic.
Klik sini untuk maklumat lebih lanjut
Cerita tentang botol
Kebanyakan botol susu yang lutsinar dan keras diperbuat daripada polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A atau lebih terkenak sebagai BPA. Bahan ini yang membentuk botol susu atau mana-mana botol plastik menjadi lutsinar. BPA yang yang terikat dengan polikarbonat mempunyai kemampuan untuk 'merosakkan' botol terutamanya apabila ia kerap dicuci, dipanas atau disteril. ketiga-tiga amalan ini menyebabakan BPA mampu menyerap ke dalam susu yang diminum oleh bayi.
Terdapat beberapa masalah kesihatan yang dititikberatkan tentang isu BPA, salah satunya ialahkeupayaan BPA meniru hormon semulajadi wanita-estradiol. Kebanyakan data kajian menunjukkan pendedahan yang minimum terhadap BPA sekalipun mampu menjadi punca kepada kanser payudara, akil baligh pada usia yang terlalu muda dan perkembangan diri kanak-kanak terganggu. Sekiranya ingin mengelak daripada penggunaan botol yang mengandungi BPA, berikut ialah panduan-panduan mengenai pemilihan botol susu
1. Botol kaca
Risiko kecederaan pada bayi dn ibu adalah tinggi jika ia jatuh dan pecah. Masih boleh digunakan tapi ia bukan alternatif yang baik2. Botol platik opaque(Legap/kabur)Botol ini diperbuat daripada polyethlene atau polypropylene yang disahkan tidak mengandungi BPA3. Botol bebas BPA
Botol ini langsung tidak mengandungi BPA, jadi harganya lebih mahal daripada botol jenama lain
4. Sistem drop-in atau disposable liner
Kebanyakan sistem ini bebas daripada BPA. ini kerana liner botol yang digunakan tidak mengandungi BPA
Sumber : Majalah Pa&Ma Disember 2007, m/s 39&40Puas saya godek-godek cari magazine ni sebab saya ingat ada satu artikel mengenai botol susu. Tapi tak ingat bila.....
Sekarang saya dah melanggan Pa&Ma 2 tahun terus. Banyak ilmu yang boleh diperolehi dengan banyak membaca ni
Tips pemilihan lubang puting
Ada 3 jenis lubang puting
1. Small/kecil- pengaliran ringan , sesuai untuk air kosong dan susu ibu, bayi baru lahir hingga 6 bulan2. Medium/sederhana-pengaliran sederhana, sesuai untuk susu formula, sesuai untuk baby 6 bulan ke atas3. Large/besar-pengaliran laju-sesuai untuk kanak-kanak yang sudah besar, ataupun sekiranya mencampurkan nestum atau bahan lain bersama susu untuk diminumPenjagaan Botol Susu
1. Gunakan sabun yang khas untuk mencuci botol susu, susu mengandungi lemak yang sukar ditanggalkan, jadi pencuci khas ini akan mencuci lemak-lemak yang terlekat pada botol susu.
2. Gunakan berus susu yang bersesuaian, saya suka guna berus susu ini kerana ianya 2 dalam 1 di mana saya boleh menggunakan satu berus untuk mencuci botol dan puting sekali. Ianya mudah dan praktikal.
3. Sterilisasi 3 cara untuk mensterilkan botol susu
1. Merebus botol2.Guna sterilizer khas
3.Guna tablet sterilizerSaya menggunakan tablet sterilizer jenama Pureen untuk mengsterilkan botol susu Naim kerana saya malas untuk merebus botol susu, saya rasa merebus boleh merosakkan botol susu tersebut.
4. Atas faktor kebersihan, mengetoskan air dan penyimpanan, saya gunakan rak ini.
Tips semasa penyusuan menggunakan botol
1. Seelok-eloknya, peganglah bayi terutamanya bayi baru lahir hingga 6 bulan, naikkan sedikit kepala supaya bayi tidak tersedak. Disamping itu, dengan memegang bayi, meribanya semasa penyusuan dapat mengeratkan lagi hubungan antara bayi dan ibu-bapa, lakukan 'eye contact', bercakap dengan lembut akan membuatkan bayi lebih menikmati penyusuannya2. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol susu kerana ini boleh menyebabkan susu melimpah ke dalam mulut dan baby boleh tersedak seterusnya boleh meyebabkan Sudden Infants Deaths(SIDs). Selain itu, bagi bayi atau kanak-kanak yang telah mempunyai gigi, susu yang masih melekat di dalam mulut boleh menyebabkan karies gigi.3. Gosoklah gusi, bahagian pipi dalam, gigi bayi anda selepas penyususan bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria di dalam mulut. Bagi bayi yang belum tumbuh gigi juga disarankan menggosok sekeliling gusi dan dalam pipi menggunakan berus gigi khas untuk bayi atau kanak-kanak