Sunday, June 24, 2012

Bercuti di Bandung



















Dah lama pegi tapi baru nak upload, sangat banyak benda berlaku, yang penting sangat best bercuti di Bandung ni....:)

Yang paling best masa kat Tangkuban Perahu, tempat tu sangat cantik, sejuk, kalau nak shopping, pasar baru memang tempat yg best, kain pasang sangat murah. Rumah Mode lak tempat baju yg branded. Makanan kat sana pun sedap.

Ooohh..trip kali ni sebab my husband menang contest ambi pur, sepatutnya pakej ke Phuket tp macam tak sesuai nak ke sana. So, kami pilih Bandung...minta doa rezeki nanti nak ke negara 4 musim pulak insyaallah


Re update pasal Bandung sebab ramai orang masuk page ni. Kalau nak bercuti mana2 mesti kita cari kat pak google dulu kan untuk persediaan. So, apa salahnya saya berkogsi pengalaman.

Perjalanan dari kuala lumpur ke Bandung ni tak lama, dalam 3 jam lebih je. saya naik Air Asia. lapangan terbang Bandung kecik je. Sampai kat sana, kami dijemput oleh kawan sedara saya yang memang orang bandung. so saya tak boleh la nak cerita pasal supir segala sebab ni memang kawan dia.

Untuk makluman, kat Bandung sejuk sikit berbanding malaysia, terutama kalau pergi kat Tangkuban Perahu tu,kalau bawak anak kena sediakan jaket. kalau takde pun takpe, sebab pakaian memang sgt murah kat sini. Jaket yg saya belikan untuk faiz tu baru 65 ribu rupiah, so dalam RM25 ringgit mcm tu. kalau pergi tangkuban perahu ni memang ramai orang tempatan yang menjaja. dia sanggup ikut ke mana2, berjam2. last2 husband saya beli la jugak sebab malas nak tgk dia duk mengikut. Ohh jgn lupa beli strawberi yang dijual, sebab hari tu tak beli strawberi tu, ingat nak gi ladangnya petik, tgk2 kat ladang strawberinya kecik2. Nyesal.

tempat yang paling best shopping kat Pasar baru, tempat ni paling popular kat sini. kalau pegi sini, pergi semua tingkat ye. sebab lain tingkat lain barang yang dijual. Saya suka shopping kat sini berbanding dgn rumah mode(tempat barang branded). 

Pasal makanan pulak, takde masalah langsung, selera pun macam tekak orang melayu jugak. Tapi harga makanan macam harga kt malaysia, takde la murah sangat. kalau nak beli kek ke ole2 makanan dari bandung, biasanya orang akan pergi ke Kartika Sari.

Saya tak masuk pun Universal Studio Bandung sebab kitorang bukan jenis yang suka bermain. Mungkin menarik bagi org yang suka adventure


Total perbelanjaan saya yang shopping untuk diri sendiri and anak2(ada sikit beli untuk adik-beradik, kawan and baju untuk ayak) ialah 2.5 juta rupiah(dalam RM1000). Memang banyak giler barang yang dapat, Bandung ni memang syurga beli belah. Handbag satu dalam RM16, cantik lak tu...tak dapat harga tu kat mesia huhu. tudung pun  ntah berapa helai saya beli, belum campur blouse, kain pasang, baju anak....

makan2 semua di sponsor oleh encik suami, hotel and flight dapat hadiah ambi pur.

Setakat ini sahaja. Moga2 berguna buat panduan sesiapa nak ke Bandung ye

Thursday, April 12, 2012

Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong, Trg















Holiday kat Riyaz Heritage , Pulau Duyong Terengganu. Menang contest majalah Nur, 3 hari 2 malam tapi kitorang stay 2 hari 1 malam je sebab ada banyak hal, best hotel tu, cantik, dia bukan hotel, more kpd chalet...

Saturday, March 31, 2012

Gila tudung


Mood gila tudung, sekarang tudung dah penuh 2 almari, 90 peratus yang awning, so kena gantung. Dulu, pakai bawal, tudung tak la banyak, sekarang macam2 design. Brand kegemaran of course Fareeda nyata jelita, Jelitasara, Hajra, ada jugak beli tudung chiffon dari yang jual kat internet. Tak kisah ada brand ke takde ke, mahal ke murah ke, yang penting saya suka corak and designnya....:)

Sunday, March 25, 2012

Faiz dah pandai duduk

Ni baru bangun tido, nak gi beli barang kat JUSCO, muka mamai..

Bagi semua mainan, kalau naim ada kemain kedekut, tgk mood dia, semua mainan dia, adik punya pun dia punya, tp harus kena pujuk elok2, nanti takut dia rasa org tak sayang dia lak kalau asyik bg adik je

SENYUM

Ni percubaan nak duduk, kena balancekan dulu tu...:)

Saturday, March 17, 2012

Winning Entry


Win Perfume Elizabeth Arden RED DOOR dari Majalah Women's Weekly..bau dia sangat wangi and tahan lama...


Menang Produk Palmolive dari Majalah Cleo...3 tahun tak payah beli shower gel and sabun, nak bagi skit kat mak and mertua kat kg balik kg nanti

Budget nak menang kosmetik or handbag mahal ke kat mana2 magazine contest...majalah eh! tak penah menang lagi, so lepas ni I beli cleo and women's weekly je la...

Sunday, March 4, 2012

Evolution In Optometry Course



Gambar yg ni takde kaitan dgn course tu..



Course kat Quality Hotel 3-4 Mac, sgt best, tp agak sibuk sebab jadi urusetia...

Monday, January 2, 2012

Alhamdulillah





Tahun baru..banyak juga perancangan baru...oh esok nak gi kelas kat IDP...nak ambik exam IELTS before interview HLP, harapnya nanti lulus le dengan cemerlang, bab yg speaking tu problem, kalau speaking yang related tu my job tu ok, kalau yang tak related macam a bit susah.

Untuk tahun baru ni pulak saya mempunyai azam yang biasa-biasa saje. Tapi kalau betul2 jadi ianya akan menjadi luar biasa

Apapun, saya ingin sentiasa berfikiran positif dan cuba memperbaiki kelemahan diri. Berusaha untuk menjadi lebih baik, yang penting bahagiakan orang lain, sebelum minta orang membahagiakan kita...smileeee

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP