Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Tuesday, April 12, 2016

Wallpaper

Pasang wallpaper D.I.Y. adik tolong pasangkan sebab mak buyong takut terjatuh lak masa pasang. Ni wallpaper yang dah ada gam, tinggal pasang je. Pasang yang murah-murah je dulu sebab ada hati nak renovate buat plaster syiling semua bagai nanti...

Monday, April 4, 2016

Vinyl Flooring Dapur Kering

 Ini rupanya ruang di dapur kering setelah dipasang dengan vinyl. Vinyl ni actually materialnya macam tikar getah tapi tebal dan lebih tahan dan ditampal menggunakan gam ke lantai. Tekstur permukaan macam kayu, tak licin dan memang sesuai kat dapur sebab tahan bila kena dengan air kalau compare dengan kayu laminated. Memang tak tahan dengan rupa asal tiles kat dapur kering rumah ni. nak tukar tiles baru susah nak kena hack tiles sedia so vinyl is the best solution......pemasangan pun sekejap je dalam 3 jam...

                     Gambar before kejadian...

   Tengah Installl by installer
Pandangan daripada ruang tamu...:)

Wednesday, June 3, 2015

Dapur Basah


 Ni la ruangan dapur basah saya. Asalnya ruang ni ialah back yard. Tapi dah di extend,  sebahagian dibuat dapur basah and sebahagian lagi buat untuk laundry. Dapur basah and dapur kering dua2 guna glass 3G. Table top guna tiles. Dapur kering guna table solid surface tp tak berapa nak elok compare dengan tiles, kat rumah saya ni dapur kering tu lagi lasak penggunaannya compare to dapur basah, sebab dapur basah saya sorang je yang guna and memang boleh susun and kemas elok-elok. Tapi bahangian dapur kering, semua orang guna. Anak-anak letak barang merata. pastu tumpahkan air la, itula....so susah sikit nak teratur kat situ. Dapur basah ni kena bukak pintu baru masuk. So, memang anak-anak tak dibenarkan sangat masuk terutama kalau tengah masak...:)





Ni rak yang susun segala barang mak nenek kat situ, beli kat tesco aje, dalam RM75 satu rak ni

Monday, February 16, 2015

Yang Putih

 
Console table yang dah di cat putih few weeks ago, gambar sebelum kejadian sudah hilang bersama hilangnya samsung S4ku huk huk



My helper kat dapur. senang sangat memasak sekarang. nak menggoreng taruk je dlm en philips air fryer ni. 


Pasu baru....suka sangat sebab dapat harga diskaun 70% sebab kedai tu nak berpindah so jual murah(murah pon tak murah sgt aihh)

Sunday, June 15, 2014

Ruang tamu lagi






 Ruang tepi tangga
 Rak buku beli kat ikea
Ni ottoman yang menang surat pembaca Anjung Seri...:)

Monday, May 26, 2014

Ikea








Dah lama tak ke ikea, sekali pergi memang rambang mata. Ada a few yang dilisting sudah beli, ada belum dibeli, tengah fikir-fikir nak letak kat mana....yang pasti pergi berdua dgn husband boleh la makan meat ball. kalau pergi dgn anak-anak saya surrender mau beratur..

Monday, May 5, 2014

Play Room



Play room yang belum siap sepenuhnya. Ni kat tingkat bawah. Tingkat bawah ada 2 bilik, satu bilik tetamu and satu lagi bilik maid/utiliti. bilik maid tu dijadikan play room or study room untuk naim. kalau buat kt tengah rumah, nanti si faiz mengacau,so dia diam2 duk sorang2 dlm tu buat keje sekolah...erkkk...tadika pun dh ada keje sekolah eh.....

Tiles kat dapur and maid's room ni kasar. tapi kalau tumpah air tak licin la or nk tumbuk sambal guna lesung  tiles tu tahan lasak and actuaally lg mahal dr tiles kt ruang tamu yang cantik, licin dan berkilat. masalahnya not friendly to my foot. sakit kaki sebab kasar. Nak buat vynil flooring husband tak bagi katanya nanti rosak tiles tu. memang le bila letak vynil, vynil akan di gam terus ke lantai. vynil mmg sesuai untuk dapur compare to laminate flooring yang tak tahan air. vynil tahan air, lasak and tak licin, tumpah air pun takpe.....

nyanyi je la nak VYNIL FLOORING...VYNIL FLOORING...mana satu satu hari husband tetiba approved...wink....

Buruk pulak nampak letak tikar getah...akan ku cover dgn play mat cantik nanti...

Sunday, May 4, 2014

Progress Taman Mini


Taman mini yang 70% siap. Tengah cari pokok yang sesuai untuk tanam dalam pasu petak


 My little helper


                                                                   Picnic time!!!

Monday, April 14, 2014

Taman Mini




                                                                          Selepas

Kiri kanan car porch ni ada tanah sikit. yg sebelah sana dah tiles habis. yg sebelah sini ada sikit, bolehla tanam pokok2 sikit. weekend ni ada projek lagi untuk taman..:)

Thursday, April 10, 2014

Ruang Tamu






Ruang Tamu and Ruang Makan selepas 3 bulan setengah duduk rumah ni.....ada a few wish list lagi nak letak kat sini. Ingat nak pasang wallpaper, tengah memujuk cik suami sebab cik suami tak mo wallpaper. pastu nak beli decorative mirror. survey venetian mirror kat jauhari Bangi aduyai kecik pun haga RM1250, so mmg out of list. kt KK Home Deco harga agak ok, SSF belum pergi lagi, ingat nk survey console table sekali....jadi ruang ni 90 percent complete

Wednesday, April 9, 2014

Jom Berangan-taman mini



Semua gambar ambil dr mr google, berangan nk buat taman kat tanah sekangkang kera kt tepi car porch, ajak cik suami ke sg Buloh la cari bunga, and pasu cantik bagai...:)

Thursday, December 19, 2013

Pindah Rumah

Gambar terbaru ruang tamu...:)..dah complete ni...tak de apa nak buat dah...tunggu 8 tahun lagi mungkin buat major renovation, plaster syiling ect. Sekarang malas nak buat apa sebab malas nak rumah semak berhabuk semua...
 Cerita pindah rumah baru, tapi gambar ambil guna camera handphone murah aje. Ni chandelier idaman dah siap dipasang. Beli kat tempat murah dan sangat glamour, siap kena ambik nombor macam kat spital pulak time nak bayar, penuh orang. beli ni kat House of Lighting Puchong.


 Ni suasana living room, carpet belum beli lagi....



 Wing chair minta buat kaki yang tak tinggi, so matching dgn sofa yang 3+2 tu


Ni meja makan kayu, bukan marble, kitorang tak mo marble sebab berat, yg ni design macam marble tapi kayu and ringan and semestinya lebih murah...kerusi dah tersilap buat, nak buat piping  ktputih sikit je tepi kerusi, tp dia buat seluruh kawasan tu putih, kitorang suh dia buat balik, semua hitam nanti...warna selamat untuk orang yang ada  3 askar dalam rumah


 Ni sofa custom made untuk family room tingkat atas, buat kat Alcano Design, kitorang siap pegi kt kilang dia di sungai buloh,sebab nak bagi ngam dengan space kat ruang tu, ruang tu agak besar tapi sebab buat loteng , jadi ambik ruang 2 kaki kat situ untuk buat tangga ke loteng, so ruang jadi sempit sikit. sofa ni 6 kakix6kaki.
 Katil ni pun beli kat Alcano design

 Ni la lotengnya kat atas family hall tingkat atas, tangga belum siap,  will blog about it later, dulu masa nak buat loteng ni, giatla mengoogle, tp tak banyak sangat info dpt sebab kat malaysia jarang orang buat loteng ni


 Ni dapur kering


 Dapur basah

Gigih ye jaga adik,sampai tertido baby abgnya melayan...

Barang2 dalam 95 percent dh masuk rumah, nak mengemasnya tu yang jenuh, nasib baik tgh cuti bersalin, bolehla mengemas sikit-sikit...


  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP