Sunday, September 22, 2013

33 weeks








Dah 33 weeks plus....Dah few time scan, and nampak bird..means kali ni boy lagi..syukur alhamdulillah..tak kisahlah boy or girl, asalkan baby sihat. Sekarang tengah buat persiapan barang baby..beli baju dalam 15 helai, baju faiz masa baby dulu pun elok lagi, nak buat basahan tu ok sgt lagi.

Kali ni memang weight gain lebih 3-4 kilo compare dgn naim and faiz..sebab sblm mengandung hari tu pun berat dah 50 kg +, lepas bersalin kena berpantang betul nanti ni so dapat normal weight

Huhu..mengingatkan bersalin rasa seram pulak, Dr suggest supaya ambik epidural, still dlm consideration..gtakut juga mengenangkan side effectnya...


Si faiz bersalin nanti nanti insyaallah berumur 2 tahun 4 bulan, tak besar mana buadak ni, still manja lagi, so plan for 4th baby lambat lagi, tunggu si abgnya cerdik skit...3 tahun masa naim dapat adik dulu dah cerdik and tak manja sgt dah budak, pandai main sendiri dah.

Doa2 semua ok...genap umo 32 tahun ada 3 org anak,...Insyaallah semua dipermudahkan nanti..AMINN


Sunday, August 18, 2013

Raya 2013









Raya 2013 yang sempoi

Saturday, August 3, 2013

Iftar at Sunway Putra Hotel(Won from Nona Magazine)




Iftar yang sangat best kat Sunway Putra Hotel, alhamdulillah rezeki menang voucher berbuka puasa for 2 from Nona Magazine. Buffet ni bernilai RM88++, 16 percent service charge and gov charge, so total sorang dlm RM100+, 2 orang dah RM200+. Makanan sangat best, berbaloi dengan harga dia. Kitorang tak bawak anak, my sis tolong jagakan.

Orang lain dh ramai yang balik kg, tapi saya still keje sampai rabu ni, mintak keje separuh hari dengan bos, so sampai terengganu malam raya la kot. Rasanya jalan dah tak jammed masa tu sebab semua orang dah balik..:)

Friday, August 2, 2013

Berbuka puasa anjuran Yeo's










Semalam ada jemputan berbuka puasa yang dianjurkan oleh Yeo's untuk majlis penyampaian hadiah pemenag  resepi yeo's berita harian and metro. Saya hantar satu penyertaan tapi tak menang, banyak idea nak buat tapi tak terbuat duk busy dgn anak2 ni. sekarang ni masak pun jarang,dgn keadaan pregnant, mmg energy tu kurang.malam2 pun kurang tido, si faiz nih still bangun byk kali malam nak minum susu. Dah stopkan breastfeeding masa dia umor 18 bulan hari tu, preggy 3 months masa tu. Planned nak tandem nursing tapi macambadan tak larat, pastu budak tu nampak sihat, ok le tu, mampu menyusukan anak selama 18 bulan.

Berbalik kepada bukak puasa yeo's, 2 hari sebelum majlis, wakil NSTP call jemput untuk meraikan majlis tersebut, memandangkan tempat tu kat Shah Alam, and boleh bawak anak, apa lagi, saya terus bersetuju.

Kesimpulan, memang best jugak event ni, tahun depan kena fikir resepi best apa yang nak hantar ni(kalau ada masa). ya Allah, sekarang tak de masa sangat nak bercontest ni. Badan tak larat and nak melayan anak2 ni.Hopefully semua ok nanto. Berblog pun tak rancak huhu

Sunday, April 28, 2013

Menang handbag and voucher

 Handbag Alfio Raldo worth RM169, menang dari majalah Dara.com. Kadang-kadang beli jugak dara.com ni sebab nk tengok fesyen terkini tudung and pakaian, kebetulan ada contest, apa lagi, laju je join. Alhamdulillah ada rezeki, suka sebab warna hitam, besar, sesuai sgt dgn ummi yg beranak dua...


Voucher Guardian RM300 from contest Beauty Surprise Contest, kena beli unilever produk, hantar borang contest last minit, alhamdulillah ada rezeki.

Semangat nak bercontest ada, tapi dek kerana badan yang tak berapa nak bertenaga ni, banyak yg borang je diambil, tak terhantar-hantar. Sekarang dah masuk second trimester, rasa a bit better, tapi still penat. Si faiz dah 22 bulan, naim lak dah pun gi belajar kat montessori. Diorang tengah lasak, so semua keutamaan memang untuk anak. Baking pun dah berbulan tak buat, tengok2 semua barang baking dh expired...maksudnya memang lama sungguh tak buat kek nih...

Hopefully semua ok....jadi mak kena kuat dari segi emosi dan mental...:)

Sunday, January 6, 2013

Hotel Philea Resort, Melaka























Sangat seronok bercuti di Hotel ni, ye la, harganya pun sangat mahal, kalau bukan sebab menang contest, tak mampu den nak ke mari. Review keseluruhan....SANGAT BEST. tp rasa tak sesuai sangat for pregnant lady sebab kena naik buggy tu, tak leh bawak kereta masuk dalam, naik buggy tu seronok tapi bergegar dia tahap gaban jugak. Si Naim punya la excited sampai bila nak balik, siap cakap lagi, nanti kita datang lagi ye ummi, hoho nak, kalau ummi ada duit lebih boleh kita datang lagi....

Yang bestnya hotel ni terletak kat tempat menarik melaka, tapi kitorang gi zoo je, yang lain dihabiskan kat hotel yang best....makanan masa breakfast pun sangat best...syukur Alhamdulillah. Ohhh...tahun baru ni, harapnya banyak lagila menang contest terutama contest yang berjalan2 ni...AMIN

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP