Thursday, August 13, 2009

Present Naim dapat masa Sebeday

iBanyaknya Naim dapat hadiah, tak sangka betulla...bestnyerrr


TQ yer sume auntie and kawan-kawan Naim bagi hadiah, Naim sangat menghargainya k


Naim rasa naim suka lori ni la...


Yeyyyy, Naim dapat baju raya


Aduii ummi, naim pening la nak pilih mana satu, sume menarik nihh


Selongkar sket...ni apa dalam ni nih



Yeahhh...lori ni macam menarikkk


Best la main lori ni....


Main belon pulak la, ummi kasi naim main belon, dah lama Naim nak main tapi ummi tak bagi k...


p/s from ummi Naim-Anyway, thanks pada sume yang datang memeriahkan majlis hari jadi Naim hari tu....hari tu adalah sangat bermakna dalam hidup saya k....

Wednesday, August 12, 2009

Naim Hamzi 1st birthday - On The Day

Anakku sayang Naim, selamat Hari Lahir yang pertama, ummi dan ayah berharap Naim akan jadi seorang anak yang baik k.

Kitorang takde buat pun acara tiup lilin, memang tak nak buat..lilin tu utk hiasan je ...







Cantik tak frame tu, order dgn si Filla


Suka sangat dgn mama jaa dia


Apa la yang diorang si Naim dan si wafi berdua ni sembangkan ye...nak tahu gak


Kelakar sangat ke wafi buat buat lawak tuh Naim


Ni Kak Lah, Speech therapist a.k.a kawan saya


Gedikssss....woit ummi naim, ingat2 le awak tu da ada anak k...he heehhhh....sekali sekali gediks apa salahnya. Ni my ex-housemate


Naim sekarang dah tak hisap puting sangat, hari tu dia nampak puting Alia, terus nangis nak, masuk mulut, pastu gigit puting si Aliya...adui terpaksa kuarkan puting dia.


Oihhh Alia ngorat Naim ehhhh....sekarang Naim dah campur breastfeed and susu formula. Susu tak banyak sangat, as long as Naim still breasfeed ok la kan...at least dapat all nutrient and antibodi kan walaupun tak sepenuhnya...

Naim main dgn Abir and Aufa


Ni Kak Ain, my ofismate


Ni Ifa yg duk pegang naim, a best friend of mine


Aisyah...Anak kawan saya, malinda yang saya dah tak jumpa 13 tahun....

Sepupu asben saya


Me and Etty, my ofismate


Kak Ji and Kak long..


Ni la gambar-gambar sepanjang majlis tu, almost gambar setiap tetamu saya masukkan kat sini k. so enjoyzzzz all the piccas. Gambar agak kelam kabut sebab adik saya a.k.a photographer, penyambut tetamu, pembuat air, segala2nya ........uishhhhhhhh

Tuesday, August 11, 2009

Naim Hamzi 1st Birthday-The Making Of....

Memandangkan ini adalah sebeday Naim yang pertama, merangkap anak kami yang pertama jugak, so, saya agak excited, saya telah merancang untuk mengadakan majlis hari jadi, saya buat kecil-kecilan aje, so, ampun kpd kawan2 yg tbaca blog tp tak dijemput k.


Ni first time sebenarnya saya buat kek tau..hu hu


Tak kemas sangat sangat kan, takpe lepas ni saya nak gi kelas deko cake


Penat tul buat cupcake ni..my ofismate kak aya nak order 100 pieces, ya ampun, saya minta maaf, saya tak larat nak ambik order tu


Trang tangggg da siap keknya......puas hati walau tak secantik yang pro buat tapi sebab saya buat dengan usaha dan titik peluh sendiri, rasa sangat puas



Semua ni di masak oleh SAYA



Itu sate samuri, bihun di masak oleh adik saya yang amat disayangi...(tanpanya siapalah saya di hari jadi Naim, dia yang banyak tolong k)


Goodies bag, pun print sendiri gambar Naim tuhhh....


Ni ala2 David Tutera Party Planner, sume nak buat sendiri....puas hati...

Gambar semasa Majlis berlangsung akan di update nanti k, so stay tune....

Monday, August 10, 2009

Mombloggerplanet Cutest Baby With TOYS Contest

Saya masukkan banyak gambar mengikut umur Naim kerana bila sampai umur tertentu, tahap perkembangan motor kasar dan motor halus juga berubah. Penglihatan juga semakin bagus, jadi pemilihan mainan juga adalah berbeza



Naim Hamzi 4 bulan-Naim paling suka main kat Playgym dia masa ni, masa 4 bulan Naim dah boleh mencapai objek. Bila dapat, dia akan masukkan dalam mulut. So kena pastikan mainan tersebut lembut dan bersih.



Ni masa umur Naim 6 bulan, Naim sangat suka dengan kura-kura yang ayah Naim belikan ini sebab kura-kura ni boleh bergerak dan berlampu kelip-kelip siap dengan muzik sekali




Ni masa Naim umo 9 bulan, dah boleh duduk, tengok tu sampai muncung mulut tengok kat bear tu. Ni bear Naim, saya belikan untuk teman Naim masa tidur. Kitorang namakan bear ni BOBO




Ohhh....anakku ini...ummi dah beli siap mainan untuk disusun tu, tapi payung ummi jugak dia main....pada umur 1 tahun, koordinasi tangan dan mata semakin baik dan mereka boleh menyusun blok atau gelung pada tempatnya dengan baik, tapi Naim belum boleh lagi. Saya dah cuba ajar dia, masukkan gelung tu berulang kali, pastu suruh dia masukkan, tapi belum sampai lagi masanya kot...


Ni pulak aksi Naim masa dapat hadiah hari jadinya yang pertama. Nampaknya Naim paling suka lori tu...



GAMBAR TERBARU

Naim dengan lori baru dapat masa hari lahirnya yang pertama







Nama: Naim Hamzi bin Halimi
Tarikh Lahir:24 Julai 2008


Pendapat saya mengenai penggunaan permainan untuk perkembangan awal kanak-kanak

Pada pendapat saya penggunaan permainan adalah sangat penting, ianya bukan sekadar untuk membuatkan kanak-kanak lebih gembira, tetapi ianya adalah sebagai satu pemangkin untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak tersebut. Ianya juga boleh mengembangkan minda di mana kanak-kanak akan meneroka dengan lebih jauh, berfikir, menggunakan pemikiran dan logik, kreativiti apabila diberikan permainan yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Selain itu, ibu-bapa juga harus peka dalam pemilihan permainan, terdapat permainan yang mengandungi bahan berbahaya seperti plumbum, aerosol, tanah liat dan lain-lain yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak itu sendiri, oleh itu pastikan membeli barang permainan yang berkualiti dan tidak mengandungi bahan berbahaya itu.

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, pemilihan permainan haruslah selari dengan perkembangan motor kasar, motor halus dan tahp penglihatannya. Pada masa bayi, penglihatan bayi adalah kabur dan akan semakin baik apabila mencapi umur 1 tahun. Biasanya penglihatan akan matang sepenuhnya pada umur 7 tahun. Oleh itu, masa bayi baru lahir, permainan yang paling baik ialah muka ibunya sendiri, bayi akan merasa tenang bila melihat muka ibunya walaupun penglihatannya pada masa itu sangat kabur. Untuk merangsang penglihatan bayi, gunakan objek yang besar dan berwarna-warni

Panduan memilih mainan terbaik untuk anak

# Kesesuaian umur - Mainan yang diberikan mestilah menyeronokkan dan tidak membosankan. Untuk itu anda perlu memilih permainan yang sesuai dengan usia anak dan dapat membantu merangsang perkembangan minda dan fizikal mengikut pada tahap sewajarnya.

# Keselamatan - Pastikan anda memberi permainan yang selamat dan menyeronokkan untuk anak anda serta bukannya senjata yang boleh mendatangkan bahaya. Oleh itu, ketika membeli permainan, anda hendaklah memeriksa kerosakan reka bentuk mainan itu dan sentiasa perlu memeriksanya dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kerosakan pada permainan itu. Misalnya, periksa bahagian permainan itu sama ada boleh tercabut dengan mudah atau sebaliknya. Adakah bahan digunakan itu mudah terbakar dan pastikan permainan itu menepati piawaian keselamatan kanak-kanak dan diperbuat daripada bahan material yang memberi kesan pada kesihatan seperti ada toksin dan sebagainya.

# Kesediaan untuk menerima - Reaksi anak anda paling utama dalam menilai sama ada anda sudah memilih mainan yang terbaik atau tidak. Oleh itu, jangan paksa anak, sebaliknya berikan kebebasan kepadanya memilih mainan yang disukainya. Membiarkan anak memilih permainannya sendiri juga memberikannya berbagai pengalaman yang menarik terhadap rasa ingin tahu.

# Pengawasan - Sesekali mungkin boleh membiarkan anak bersendirian dan leka bermain dengan permainan diberikan, manakala anda pula bolehlah menguruskan kerja sendiri. Tetapi sebaik-baiknya anda perlu rajin melayani anak ketika dia bermain supaya dapat mengetahui tahap perkembangannya dan membantu meningkatkan kemampuan fizikal, emosi, dan kognitif anak.

Apa yang anda harus tahu:

# Anda tidak perlu membeli permainan pendidikan terbaru di pasaran kerana mana-mana permainan yang disukainya itulah yang memberi pendidikan kepadanya. Kanak-kanak adalah pelajar semula jadi dan apa saja yang diminatinya akan mengajarnya sesuatu.

# Selain menyenangkan, tentu saja mainan yang anda pilih juga harus memiliki unsur pendidikan. Sia-sia saja anda membeli mainan dengan harga mahal, tapi tidak ada manfaatnya untuk perkembangan anak.

# Jantina biasanya digunakan sebagai faktor untuk memilih mainan. Tetapi sebenarnya itu tidak mutlak. Jangan selalu menganggap bahawa anda tahu apa yang diinginkan anak. Terdapat kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan boneka, tetapi ada juga memilih bermain dengan robot atau kereta seperti kanak-kanak lelaki.

# Komunikasi dengan anak anda mengenai mainan barunya. Kalau perlu, beritahu juga nilai harga mainan itu supaya anak boleh menghargainya dan akan menggalakkannya menjaga dengan baik.

# Barangan terpakai yang dikitar semula atau barang-barang kegunaan di rumah boleh juga dijadikan permainan menyeronokkan dan selamat. Jika anda tiada kemampuan membeli mainan anda, fikirlah cara kreatif untuk menghasilkan sendiri mainan untuk anak anda menggunakan bahan-bahan di rumah.


Perkembangan motor bayi

Pada masa bayi baru lahir ia tidak berupaya untuk memegang satu-satu benda tetapi dapat menyentuhnya sahaja. Apabila ia berumur 3 hingga 4 bulan, bayi boleh menampar benda-benda yang ditunjukkan kepadanya tetapi masih tidak boleh menggenggam benda tersebut. Mereka dapat menggenggam tangan sama ada secara cepat atau lambat (Bower, 1982). Tambahan pula, mereka masih belum mempunyai koordinasi mata-tangan. Connoly dan Elliot (1972) telah mendapati bahawa pergerakan genggam bayi bertukar daripada bahagian dalam tapak tangan ke ibu jari dan hujung jari-jari dan ini merupakan satu kemajuan yang berlaku sehingga bayi berumur 9 bulan.

Perkembangan motor bayi pula boleh dibahagikan kepada 2 kategori umum.

1) Perkembangan lokomasi dan postural yang melibatkan kawalan badan dan koordinasi tangan dan kaki untuk bergerak.
2) Perkembangan prehension iaitu kebolehan yang menggunakan tangan untuk makan, pegang sesuatu benda dan sebagainya.

Perolehan kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan bayi bergerak balas mengikut persekitaran dan lebih bebas untuk bergerak.


Perkembangan motor bayi dapat dipelajari melalui penerokaan terhadap pelbagai tingkah laku bayi seperti gerakan refleks, tingkah laku berirama atau rhythmic behavior, motor kasar dan motor halus. Perkembangan kemahiran-kemahiran motor ini adalah saling berkait dan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain.

· Gerakan refleks
Gerakan refleks merupakan pergerakan yang dapat dilihat sejak bayi dilahirkan. Gerakan refleks bersifat automatik, tidak dapat dikawal dan wujud sebagai tindak balas bayi terhadap rangsangan yang terdapat di persekitaran. Melalui gerakan refleks inilah bayi membina tindak balas penyesuaian terhadap persekitaran sebelum berlakunya proses pembelajaran secara sedar. Gerakan refleks juga dikatakan mempunyai nilai survival iaitu sejenis kemahiran yang bersifat semla jadi untuk membantu bayi meneruskan kehidupan.

Jenis gerakan refleks di kalangan bayi:
1) Tingkah laku menghisap
Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yang dibekalkan sejak lahir bagi bayi dan amat penting bagi bayi untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air, bayi yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan di mulut. Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi semakin membesar iaitu berusia 3 atau 4 bulan.

2) Refleks mengesan punca (rooting reflex)
Refleks mengesan punca merupakan reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan memaling ke arah tempat yang disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.

3) Refleks moro
Bayi didapati serin melakukan pergerakan menyentak atau strartle sebagai reaksi kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan. Pergerakan ini dikenali sebagai gerakan atau refleks moro. Pergerakan ini membolehkan bayi berpaut kepada panjaganya supaya tidak jatuh.

4) Refleks menggenggam (grasping or palmar reflex)
Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut dengan kuat. Selepas bayi mencapai usia 3 bulan tingkah laku ini akan hilang dan berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan. Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila melihat sesuatu objek.
Tingkah laku refleks yang lain adalah seperti refleks berenang dan memijak. Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang lebih bertujuan, manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat. Tingkah laku refleks yang kekal adalah batuk, mengerdipkan mata, menguap, sentakan lutut dan bersin.

· Tingkah laku berirama (rhythmic behavior)
Tingkah laku berirama seperti pergerakan anggota yang kerap ditunjukkan oleh bayi pada tahun pertama.
· Kemahiran motor kasar
· Kemahiran motor halus



Perkembangan Pesepsi Visual-Rujuk balik notes Dr Chen Ai Hong masa saya study dulu

1. Beberapa minggu yang pertama-Bayi melihat benda-benda di sekitar mereka

2. 1 bulan- Bayi memerhati lebih lama pada gambar muka daripda gambar muka yang berseletakCScrambled picture)

3. 3 bulan- Menghulurkan tangan ke arah benda yang mereka lihat dan mengalih pandangan dari tangan ke objek

4. 4 bulan- Memegang objek dan menerokai dengan jari dan menghayati 3 Dimensi(stereopsis)

5. 5-6 bulan-Minat terhadap benda yang biasa bersifat sementara , minat terhadap benda yang aneh bermula.

6. 8-9 bulan-Mungkin tidak mengenali objek tetapi boleh menyedari perubahan corak penglihatan yang dicetuskan oleh 3 dimensi

7. setahun- Menyedari bahawa objek mempunyai identiti yang kekal

8. 5-6 tahun-Melihat bentuk yang kompleks dengan tepat


Kesimpulannya
Permainan adalah penting untuk perkembangan awal kanak-kanak

TQ


CONTEST INI TELAH DIANJURKAN OLEH

MOMBLOGGERSPLANET

PHOTOBOOK

ALICEWONDERS


p/s Saya harap dapat menang contest ni sebab saya memang nak sangat photobook yang berkualiti tu dan Handbag bergaya dari alicewonders tu, apapun kalah menag memang adat kan, terima kasih mombloggersplanet kerana menganjurkan contest ini....:)

Emosi hari ini

Alhamdulillah sangat lega sebab birthday Naim berjalan dengan lancar semalam, semua dah settle.....gambar sgt banyak, nanti upload k...


Tapi yang tak bestnya hari, pagi tadi tibanya giliran kitorang jabatan oftalmologi untuk perhimpunan bulanan. kitorang memang dah well prepare, hari jumaat hari tu siap rehearsal dah segala. Tiba2 lak pg tadi tetiba technician tuh tukar speaker hape, kitorang nyer multimedia show tak kuar lagu...kitorang sgt bengang dan kesannya sgt berbekas pada saya dan sume kwn lain, seb baik HOD kitorang cool aje.....huaaaaa sedey buila kita dh buat bersungguh tak jadi.....

Sunday, August 9, 2009

Yatie Chomeyl's Giveaway-Kisses Of Love



Saya suka gambar ni sebab masa ni saya memang cium Naim dengan penuh perasaan, sayang Naim sangat-sangat, saya rasa semua ibu ada perasaan macam tu kan, harap-harap menang giveaway ni.

Giveaway ni telah dianjurkan oleh

Yatie Chomeyl
sehingga 24 Aug ini, 3 pm, GMT +8.00

Tuesday, August 4, 2009

Balik Kampung

Weekend hari tu balik Kg kelantan, minggu depan lg satu balik ganu lak, maklumla byk kg he hehhh....balik kg kali ni lebih bermakna sket sebab naim dah boleh appreciate balik kg. Sonok dia balik kg, suke benor tgk ayam, burung , kucing segala la ada kat kg. Masa nk blk kl dlm keta siap nangis lagi nak berdukung dgn tok ayah dia....





Tengah intai ikan


Ni la burung yang naim suka sgt tengok tu...
On the way balik.....seb baik tido, kalau tak, memang tak larat, nak main dalam keta macam dalam rumahhh....lotih

Oh ye....sekarang saya tengah buat persiapan untuk beseday Naim ahad ni...buat kecik2 je...mula2 hubby ckp tak pyh buat la.....dia kecik lg, tapi sebab ni sebeday pertama dia, saya excited sikit....buat la kecik2. Jemput pun tak ramai k

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP