Thursday, February 23, 2023

Tokit Omni Cook

Alhamdulillah dah setahun lebih guna Tokit Omni Cook ni. Tokit ni dia banyak function dari menumis, masak, uli roti, adun kek, semua boleh. Yang best sebab dia boleh timbang terus dalam tu. Nor ada buat fb page juga untuk Tokit ni, boleh search FB page: Tokit Omni Cook by Nor. Kat personal FB Nor update mengenai Thermomix sahaja: Link Tokit under Nor(wasap Nor dulu untuk dapat code supaya dapat diskaun 30% https://my.tokitglobal.com/?ref=kgiPFTKy Wasap Nor untuk dapat code http://wasap.my/601128073921/tokit

Monday, October 16, 2017

Weekend time..random photos








15.10 2017

A moment to remember

Tuesday, December 13, 2016

#MyTravelokaEscapade - Melbourne

Traveloka #MyTravelokaEscapade telah menganjurkan satu pertandingan 'You need a holiday lah!'


Sebelum itu, apakah itu Traveloka? Untuk pengetahuan semua Traveloka ialah sebuah website yang membantu kita untuk menempah hotel dan tiket penerbangan dengan harga promosi dan terendah. Kita juga boleh menempah kedua-duanya secara serentak tanpa perlu bersusah payah..dengan Traveloka memang mudah untuk bercuti.

Mengapa kita perlu menempah dengan Traveloka, kan banyak lagi website yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Ini ialah jawapannya..

1. Kemudahan Menyeluruh Terbaik
 Penyelesaian menyeluruh-tempah tiket penerbangan dan hotel murah di Asia Tenggara dan pada masa yang sama dengan penjimatan hebat

2. Harga Terbaik
Harga yang paling kompetitif untuk tiket penerbangan dan hotel di Asia Tenggara

3. Harga jujur
Tiada Caj tersembunyi. Apa yang anda lihat adalah apa yang anda bayar

Itulah sebabnya kita MESTI memilih Traveloka untuk bercuti ye....banyak kelebihan dan penjimatan jika kita menggunakan Traveloka ni.
Selain tu  kita juga boleh muat turun apps Traveloka pada handphone..
Kalau ada apps ni lagi senang tau kalau nak tempah hotel dan flight..lebih senang, lebih cepat. Lepas tu, tak payah susah-susah nak print tiket ke voucher apa, tunjuk e-ticket kat apps tu je. kan senang kerja tu..:)

 





Saya sangat teruja untuk 
menyertai pertandingan ni sebab berpeluang menang percutian secara percuma! Hoorayyyy


























Daripada 10 destinasi ini saya memilih 
.
.
.
.
.









Wow!!! sangat hebattt dan seronok ni kalau Traveloka taja percutian ke Melbourne ni....

Apa yang saya ingin lakukan sekiranya Traveloka menaja percutian saya di Melbourne


1. Menyelusuri pantai Great Ocean Road dan Philip's Island nan indah sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang sungguh mengkagumkan...Orang kata jauh berjalan luas pemandangan. Mesti bentuk muka bumi negara orang tak sama dengan negara sendiri kan. Sebab tu kita kena berjalan di tempat lain supaya kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan kebudayaan masyarakat lain.






2. Melawat Captain cook’s cottage




Saya ingin melawat Captain's Cook Cottage.Cook's Cottage terletak di Fitzroy Gardens ialah sebuah rumah lama peninggalan Captain James Cook. Cook's Cottage ialah rumah tertua di Australia dan merupakan tarikan pelancong di sini. Khabarnya cottage ni cottage lama yang dibina pada tahun 1755 dan sebenarnya cottage ni dibina di Yorkshire, England tapi kemudiannya dilayarkan ke Australia pada 1934.




3.  Melbourne Zoo



 Nak tengok kanggaroo...kanggaroo dan kangaroo lagi. Koala juga huhuhu.......Kangaroo hanya ada di Australia sahaja ye...sebab tu teruja sangat kalau dapat pergi Melbourne ni habislah semua encik kangaroo sana nak ambik gambar..selfie...wefie semua............mesti anak-anak saya excited lari keliling zoo dapat jumpa encik kanggaroo ni...




4.  Melbourne Star Observation Wheel




Dengan menaiki Melbourne Star Observation Wheel ni kita dapat menikmati keindahan pemandangan keseluruhan kota Melbourne ni. Best tu, naik je ni, terus dapat tengok keseluruhan Melbourne. kalau naik waktu malam mungkin lagi cantik sebab nampak lampu-lampu dari bangunan pencakar langit yang ada di bandar Melbourne ni.



5. Yarra Valley





Yarra Valley mempunyai pemandangan yang cantik, landskap yang menarik, ladang luas yang dipenuhi tumbuhan dan buah-buahan sememangnya menjadi destinasi terunggul di Melbourne. Paling penting nak pergi tengok dan petik buah anggur tu…bestnya..:). Mesti banyak pokok-pokok yang tak ada di malaysia. Oh, bunga-bungaan pun mesti banyak....



6. Melbourne Museum




Memandangkan saya ada anak-anak kecil, semestinya museum Melbourne menjadi destinasi pilihan sekiranya ke Melbourne. Mesti seronok anak-anak melihat pelbagai replika dan peninggalan sejarah di sini.


7. Bergambar banyak-banyak





Ni wajib buat kalau bercuti ye..harus ambil gambar banyak-banyak untuk buat kenangan..:)




Banyak lagi tempat-tempat menarik di Melbourne ni yang boleh dikunjungi. Rasanya kena spend masa dalam 5 ke 6 hari juga untuk meneroka tempat-tempat menarik di sini. 

 Puffing Billy...keretapi wap yang masih berfungsi..






Musim bunga...so colourful..


Autum in Melbourne...cantikkkknyaaa...



Ok..Melbourne destinasi impianku, semoga berjumpa kamu nanti


Semoga Traveloka terus maju dan berjaya.


Akhir kata, terima kasih dan tahniah Traveloka #MyTravelokaEscapade  kerana menganjurkan pertandingan yang sangat AWESOME ini..




Tuesday, December 6, 2016

Hari kecemerlangan SRA BSP-Naim Hamzi






late entry..

Tahniah anak ummi, Naim Hamzi...

Darjah 2
nombor 2 sekolah agama dan dapat anugerah mumtaz

Semoga menjadi anak yang soleh

Thursday, November 17, 2016

Baby Huda Yumna


HUDA YUMNA 
3.30 KG
HOSPITAL ANNUR BANGI/DR FATIMAH

3 orang putera bersalin dengan Dr Khamsiah, puteri tunggal kebetulan dengan Dr Fatimah sebab Dr Khamsiah Cuti. Alhamdulillah semua Allah permudahkan











  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP