Thursday, December 19, 2013

Pindah Rumah

Gambar terbaru ruang tamu...:)..dah complete ni...tak de apa nak buat dah...tunggu 8 tahun lagi mungkin buat major renovation, plaster syiling ect. Sekarang malas nak buat apa sebab malas nak rumah semak berhabuk semua...
 Cerita pindah rumah baru, tapi gambar ambil guna camera handphone murah aje. Ni chandelier idaman dah siap dipasang. Beli kat tempat murah dan sangat glamour, siap kena ambik nombor macam kat spital pulak time nak bayar, penuh orang. beli ni kat House of Lighting Puchong.


 Ni suasana living room, carpet belum beli lagi....



 Wing chair minta buat kaki yang tak tinggi, so matching dgn sofa yang 3+2 tu


Ni meja makan kayu, bukan marble, kitorang tak mo marble sebab berat, yg ni design macam marble tapi kayu and ringan and semestinya lebih murah...kerusi dah tersilap buat, nak buat piping  ktputih sikit je tepi kerusi, tp dia buat seluruh kawasan tu putih, kitorang suh dia buat balik, semua hitam nanti...warna selamat untuk orang yang ada  3 askar dalam rumah


 Ni sofa custom made untuk family room tingkat atas, buat kat Alcano Design, kitorang siap pegi kt kilang dia di sungai buloh,sebab nak bagi ngam dengan space kat ruang tu, ruang tu agak besar tapi sebab buat loteng , jadi ambik ruang 2 kaki kat situ untuk buat tangga ke loteng, so ruang jadi sempit sikit. sofa ni 6 kakix6kaki.
 Katil ni pun beli kat Alcano design

 Ni la lotengnya kat atas family hall tingkat atas, tangga belum siap,  will blog about it later, dulu masa nak buat loteng ni, giatla mengoogle, tp tak banyak sangat info dpt sebab kat malaysia jarang orang buat loteng ni


 Ni dapur kering


 Dapur basah

Gigih ye jaga adik,sampai tertido baby abgnya melayan...

Barang2 dalam 95 percent dh masuk rumah, nak mengemasnya tu yang jenuh, nasib baik tgh cuti bersalin, bolehla mengemas sikit-sikit...


Thursday, December 12, 2013

CONTEST KASIH EPHYRA~Phase 1



Saya ada 7 sebab mengapa saya join contest ni untuk memenangi produk Ephyra ni

1. Testimonial yang berkesan

Tahu pasal Ephyra ni melalui blogger-blogger terkenal macam Filla,Moon and kak Di(Diana ishak). Dah blogger terkenal ni pon consume Ephyra ni and bagi good testimonial, mestilah produk ni betul-betul berkesan kan. Artis pun guna Ephyra ni....lagi la bertambah kepercayaan saya terhadap produk ni. Sabar-sabar ye, jap gi dah habis berpantang anak ketiga ni gi cepat-cepat beli Ephyra..



Antara testimonial yang menarik hati saya ialah 

1.Tumit kaki dah tak pecah klik SINI
2. Kulit makin lembap klik SINI
3. Rambut dah tak gugur, kulit makin cerah klik SINI
4. Testimonial dari blogger lelaki klik SINI
5. Jeragat kurang klik SINI

2.Rasa Ephyra sedap 

 Menurut Filla, Rasa dia sedap macam chewing gum.. manis-manis masam ala-ala sugus..nampak dari gambar ni pun menyelerakan. macam air jus gitew...haiiii, kalau bab-bab ubat ni saya memang fail,nak-nak kalau jenis minum. kalau tak sedap boleh terkeluar balik. teringat masa check up mengandung hari tu, kan kalau mengandung kena minum air gula untuk test kencing manis ada tak, dia bagi satu cawan air gula, air gula ok, bukan ubat yang pahit tu, tu pun berapa lama saya nak habiskan.Orang lain masuk sorang, minum habis keluar.masuk pulak yang lain, keluar, saya ni dah keluar masuk 5-6 orang baru habis telan air gula tu sambil tutup hidung.so, kalau suplemen yang tak sedap ni sori la saya nak minum, macam ephyra kalau rasa macam chewing gum tu, confirm boleh masuk tekak ni.



 Ni la gambar Ephyra yang dah siap dibancuh..nampak menyelerakan ...




3. Kandungan dan manfaat ephyra


Ephyra diperbuat daripada bahan-bahan terpilih dan semulajadi dan mempunyai sangat banyak kebaikan. Ni saya senaraikan kandungan-kandungan dalam Ephyra dan manfaat terhadap tubuh badan kita.




Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
  • Umur 25 dan ke atas
  • Kulit Kering & kedut
  • Kulit kusam & kendur
  • Pigmentasi dan kulit bermasalah (jerawat)
  • Proses Pemulihan lambat
  • Mudah Rasa Penat
  • Daya Ingatan Merosot
  • Sakit-sakit badan / sendi
  • Metabolisma rendah

Apakah kelebihan menggunakan EPHYRA?
  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  •  Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

4.Selamat untuk ibu menyusu

Ni yang paling penting jugak sebab saya sedang breastfeed anak yang ketiga yang berumur sebulan lebih ni. Nak cantik, cantik jugak. Tapi kesihatan baby kena diutamakan. Dengan Ephyra ni, breastfeeading mom pun boleh consume sebab dia takde bahan-bahan yang boleh membahayakan baby. So, senang cerita selamat la untuk ibu yang menyusukan anak nak guna Ephyra ni. Ada extra lagi kalau consume Ephyra  boleh menguruskan badan, bagus-bagus, aim nak turun 5 kg lagi ni...maklumlah dah naik berbelas-belas kilo masa mengandungkan, nak la ke saiz asal kan..













5. Halal 

Halalan Toyyiban. Ha ni dia sijil halal dari JAKIM untuk produk Ephyra ni. Puas hati kan. takde tertanya-tanya status halal ke tak. Confirm HALAL 




6. Di jamin selamat oleh KKM

Ephyra ni diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. Takde bahan-bahan yang memudaratkan. Ni pengesahan dari KKM tentang produk Ephyra ni 


7. Nak nampak muda macam umur 25 tahun...hehe

Haha...boleh ke. Yakin boleh dengan Ephyra, Ephyra ni mengandungi kolagen yang boleh memperbaiki struktur kulit seterusnya menjadikan kita nampak lebih muda...


 Ni masa umur 25 tahun okeh..
.
.
.
Ok...ni dah mengandungkan 3 orang budak...dah umur 30-an ni nak kena jaga, kolagen pun makin kurang, Kena cari alternatif nak maintain, so, Ephyra ialah pilihan terbaik untuk kekal muda, cergas dan bertenaga.

Agak-agak lepas makan Ephyra mana tahu jadi gebu macam Memey Suhaiza..amacam, mesti happy kan...

akhir kata

terima kasih Filla dan Oceanlife2u kerana menganjurkan contest yang best ni..:)

Wednesday, December 4, 2013

Menang kecil-kecilan

 Dah lama dah ni. baru nk hapdet.Ni menang voucher nandos from magazine dapur rasanya


Ni set perfume echanteur from magazine apa tah, karangkraf, dah lama jugak, baru nak tepek kat sini

Apple Ipad mini menang contest labur oh labur ASNB maybank belum ambik lagi, sampai surat kemenangan kat kg, nanti dh collect I tepek kat sini..:)

Thursday, November 28, 2013

Wafiq Hafi dah sebulan..:)


Sudah sebulan dah si kenit Wafiq Hafi ni, muka sama macam Faiz masa kecik, tang hidung memang tak leh lari, tiga-tiga hero hidung penyet eh...hehe..takpe..penyet pon hemsem jugak kan. ummi sayang sangat kan..:)


Wednesday, November 6, 2013

Kisah Bersalin kali ke-tiga-Baby Wafiq Hafiy











Syukur alhamdulillah, bersalin kali ni dipermudahkanNya walaupun sakit bersalin memang tersangat2 sakit, rasanya suara saya je yang kedengaran, orang lain bilik2 sebelah diam je, dengar2 dah bunyi baby menangis, saya lak keluar semua zikir la time contraction tu, sakit ya Allah je yang tahu.

Kronologi kisah bersalin

Pagi, macam biasa, gi keje, sempat check 3 patient, pastu gi toilet tengok dah keluar darah, ada staining, memang dari pagi rasa macam dah tak sedap berjalan, rasa macam baby dah kat bawah..:)

Dlm pukul 10.00 balik rumah, husband terus bawak gi Hospital an-nur, nurse check tengok dah bukak 4 cm, tapi belum ada contraction, masa ni tak rasa sakit lagi ye...boleh senyum gurau bagai k.

Pukul 12.00 masuk labour room, tunggu contraction.

pukul 5, belum rasa contraction,doktor Khamsiah check baru bukak 5 cm, bayangkan dah berapa jam baru bukak 5 cm, Dr Khamsiah pecahkan air ketuban supaya cepat bukak,pukul 6,nurse pasang drip, masukkan ubat induced supaya cepat bukak. Doktor nak cepatkan bersalin sebab baby dah berak(keluarkan meconium)

pukul 9 malam, baru bukak 8m, masa ni contraction every 2 minutes, masa ni memang sakit yang teramat and dah rasa nak teran, tapi nurse kata tunggu bukak 10cm baru boleh teran(sakit yang teramat)

pukul 10.00, ok dah bukak 10cm, boleh teran, dengan sekali push, baby keluar...syukur alhamdulillah

Dah keluar baby memang sangat lega, kali ni jahit episiotomi tak banyak, so tak sakit sangat. keesokan harinya dah boleh keluar tapi baby tak kencing lagi, so tunggu baby boleh kencing dulu baru boleh balik, saya stay satu hari lagi kat hospital.

Untuk sesiap yang nak tahu kos bersalin di Annur ni ialah

Total 3 hari 2 malam bilik quad(4 org sebilik), termasuk kos induce, nursery baby, wad round doctor ialah
RM2044.00

Nim kali ketiga saya bersalin di Hospital An-Nur, pada saya perkhidmatan kat sini sangat memuaskan. depends pengalaman masing2 andkadar masing2 la,pada saya , saya sangat puas hati....:)..alhamdulillah


Monday, October 28, 2013

Kidzania lagi


Kali kedua ke kidzania, yang first dulu pun menang saguhati contest oreo, dulu pegi dgn naim je. kali ni bawak faiz sekali, tapi faiz tak ada yang dia boleh masuk pun. cuma duk kat urbano house(place for toddler 3 years and below). Ayah naim temankan naim masuk macam2. kali ni naim g buat air vitagen, air masak, buat burger, jadi bomba, and again jadi dentist. yg dia paling seronok buat air vitagen, semangat lagi cakap senang je buat buat air vitagen, kemain confident eh. nak masuk buat aiskrim ramai sangat orang.takpe , my hubby ada lagi sepasang pas tapi boleh masuk weekday je, so bolehla banyak skit masuk tak ramai orang. kalau weekend sungguh ramai org, memang sikit je la boleh masuk sebab banyak yg kena duk menunggu. Anyway, kidzania memang best(umminya terlebih excited)

Saturday, October 26, 2013

Rumah Baru







Rumah baru 24x70 di Bandar Seri Putra yang bakal diduduki akhir disember insyaallah, masa tu baru lepas pantang. Banyak lagi benda tak siap ni. Hope cepat siap, so bolehle memborong perabot idaman. Kitchen kabinet pun belum siap lagi, gril, wiring semua dah settle. langsir pun dah tempah. nanti langsir dah siap nak cite pasal langsir plak, tapi railing langsir belum pasang lagi. Takpela, Mr hubby uruskan semua nanti. Buat renovation yang perlu sahaja, extend dapur and plan nak buat loteng. takde buat pun plaster syiling sebab husband tak suka yang down light,nak lighting yang terang and simple jeNi tgh tunggu hari nak bersalin(mood berdebar). Harap semuanya dipermudahkan Allah.

Saturday, October 5, 2013

Won Trip To Bangkok-Pemenang kuiz terkumpul majalah Anis

Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan. kali ni menang tempat ketiga contest kuiz terkumpul anjuran majalah Anis dan MASholiday. Dapat tiket flight for 2 ke Bangkok 3 hari 2 malam, di hotel 3 star.Tempat pertama dapat pakej gi Beijing for 2, best tu, tapi memandangkan anak dah ramai ni, nak bercuti kena tambah kos untuk anak2 pulak.




 1st prize dimenangi oleh blogger terkenal Eqbal Zack, selama ni jadi silent reader blog dia aje, hari ni dpt jumpa real



 Ada aktiviti untuk budak2, Naim join ni, nasib baik ada my sis yang baru cuti semester menemani hari ni



 Muzium di bangunan MAS
So next trip for next year is Bangkok, kena guna voucher ni sebelum april next year...baby dalam perut masa tu dah umor dlm 5 bulan lebih ins. Ooh...I need twin stoller....

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP