Thursday, January 23, 2014

Contest Kasih Ephyra ~ Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra Phase 2




Pada akhir bulan Disember lepas, saya telah pun memenangi produk Ephyra sebanyak 30 paket hasil daripada entry INI(sila KLIK). Contest ini anjuran Oceanlife2u dan blogger FILLA

Sekarang sudah akhir bulan Januari tahun 2014, maksudya sudah cukup sebulan menggunakan produk Ephyra, terima kasih kepada pihak oceanlife2u kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mencuba produk ini. Sekarang dengan rasa berbangga, berbesar hati, teruja dan SERONOKNYA, saya ingin review produk Ephyra ni setelah meminum Ephyra ni setiap pagi selama sebulan okeh..

Sebelum tu, meh saya nak kongsi sedikit mengenai produk ephyra yang meletop kat pasaran ni







Ni apa yang saya dapat rasakan selepas sebulan penggunaan Ephyra


1.Yang pertama saya  nak cakap pasal rasa Ephyra, dalam entry YANG LEPAS, saya ada menyentuh mengenai testimoni yang menyatakan rasa ephyra ni sedap, macam sugus, masam-masam manis macam tu. Ya, memang betul, rasa ephyra ni memang sedap, boleh ditelan. mula-mula bukak je bau dia macam hanyir, mungkin sebab ada kandungan kolagen marin dalam tu yang menyebabkan bau dia macam tu, tapi bila dibancuh dengan air, bau tu dah bertukar jadi bau fruity gitewww....sedap la wehh nak meminumnya kan. okeh, part ni saya consider nombor satu okeh, benda-benda tak sedap tak boleh lalu tekak la....





2. Kulit jadi lempab, kulit sekitar kuku dah tak kering, cuba tengok gambar kat atas sebelum dan selepas tu, banyak perbezaan kan, gigih juga daku mengambil gambar sambil terkial-kial memegang anak weiii...nak tunjuk perbezaan yang sangat ketara tu......nak nampak lebih jelas sila ambik microskop pembesaran 40x ye hehe...





3.  Liang roma/pori mengecil, kulit muka jadi lebih gebu. Kulit saya ni jenis takde masalah sangat, jerawat ke , jeragat ke takde. Cuma tang liang roma macam besar sikit, so kalau pakai bedak dia mudah tercampuk or tak rata gitew...lepas sebulan guna ephyra, liang roma tu mengecil, so nampak lagi gebu and flawless la kan...bagus-bagus, minggu depan dengan seronoknya masuk kerja balik lepas bercuti , berpantang selama 3 bulan dengan muka dah berseri guna Ephyra ni.



4. Susu makin banyak. Sekejap je pam, penuh dah satu botol macam kat atas tu.Saya memang nekad sebelum kahwin lagi, ada baby nanti nak breastfeed baby, semua tahu kan, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. So, cabarannya ialah kadangkala susu boleh jadi merudum, stok tak cukup. Hormon memainkan peranan penting dalam penghasilan susu, so, kalau badan kita sihat, hormon stabil, susu pun akan dapat dihasilkan dengan banyak. Epyra ni menyihatkan badan, menstabilkan hormon, secara langsung ia dapat merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak. Syokkan mama -mama semua, tak payah sibuk nak ambik suplenen-suplemen lain untuk tambah susu. Oh, saya ada terbaca review  ada a few blogger mengandung lepas beberapa bulan minum Ephyra, proses nak mengandung pun berkaitan rapat dengan kestabilan hormon estrogen, progesteron,. Kalau hormon semua ok, barula terjadi ovulasi telur kan. 

5. Rasa lebih bertenaga lepas menggunakan Ephyra. Saya baru je lepas berpantang, menjaga 3 anak lelaki pulak tu, anak sulong dan anak kedua tu memang sangat lasak, menyusukan baby and pada masa yang sama, saya baru pindah rumah, nak kena mengemas bagai kan. Tapi saya kekal bertenaga .....bangun awal pagi, siapkan anak pegi tadika, pastu jaga baby kat rumah, mengemas, menyapu , mengemop, memang tiada masalah. Untuk mama-mama ni, memang semua menghadapi situasi yang sama, yang mana kita ni kena multitasking, Ephyra ni membantu memberi tenaga tambahan. Kalau nak ikutkan tidur kena cukup 8 jam, itu secara teorinya, tetapi secara praktikal susah nak buat kalau kita ada anak terutama kalau baby, kalau untuk student-student pulak, perlukan tenaga untuk mengulangkaji pelajaran kan. Teringat zaman2 dulu, stay up malam sampai ke pagi, study katanya....:)


Kesimpulannya, pada saya Ephyra adalah sangat berkesan, walaupun hanya selepas 30 hari penggunaan, imagine kalau dah guna setahun, mesti kesannya lagi ketara kan. Produk Ephyra memang HIGHLY RECOMMENDED.

Ni saya sertakan harga Ephyra, nak beli boleh lawat web Oceanlife2u okey...saya setakat ni belum jual lagi, guna aje dah. Baru sebulan guna...:).
Harga
RM197 / box
Promosi: RM380 (2 boxes)


Merak di kayangan turun ke bumi
Turun ke bumi sambil menari
Dengan Ephyra lebih berseri
Hati gembira tidak TERPERI!

1 comments:

IzZa HaDi February 5, 2014 at 9:24 PM  

Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?

Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) dan dapatkan FREE Body Shop shower cream 250ml / body butter 50ml!

Seriously, grab this GREAT deal! Sementara stock masih ada!

Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP