Monday, December 31, 2012

How Maybank2u Has Served You With Its Products and Services.


Maybank2u mengubah cara saya mengurus kewangan menjadi lebih efisien, mudah,cepat, tepat dan selamat.



Produk-produk Maybank2u memberi perkhidmatan yang terbaik kepada saya kerana:

1. Aplikasi mudah dan mesra pengguna

Aplikasi-aplikasi Maybank2u sangat mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur dan tahap pendidikan




2. Boleh di akses di mana-mana sahaja

Maybank2u boleh diakses di mana-mana sahaja, samada di rumah, pejabat, semasa bercuti, samada dalam negara mahupun diluar negara 





3. Boleh diakses pada bila-bila masa


Tidak terikat dengan waktu pejabat, segala aktiviti perbankan internet Maybank2u melangkau batas waktu yang biasa(waktu pejabat) seterusnya memudahkan pengguna.

4. Selamat

-Imej keselamatan semasa LOGIN
-sistem Transaction Authorization Code (TAC) yang dihantar kepada telefon pemilik akaun

 

 Rutin Bulanan bersama Maybank2u

Gaji bulanan memang terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Dengan satu akses ke pelbagai produk,  dalam masa kurang setengah jam saya mampu membuat pelbagai pembayaran bil dan traksasi . Jimat masa,wang dan juga tenaga. Tak payah penat-penat keluar, nak kena cari parking, ambil nombor giliran dan part yang paling boring ialah masa menunggu, Saya JIMAT MASA denganMaybank2u. Dah dapat gaji kenalah buat pengurusan kewangan yang betul. make sure buat saving ye, dulu nak buat ASB investment kena beratur...sekarang semuanya dihujung jari


1. Pembayaran bil( bil telefon, astro, internet, insurance)
2. Investment(pelaburan ASB)
3. Pembayaran Credit Card
4. View Statement Credit Card
5. Pemindahan wang
6. View Balance
7. shopping online(shopping online memang heaven dengan Maybank2u sebab kebanyakan penjual online menggunakan perbankan Maybank untuk urusniaga mereka)


Maybank2u=Lebih masa bersama kawan semasa makan tengahari pada waktu pejabat





Maybank2u=Lebih masa bersama keluarga







 MAYBANK2U making every moment count

Datuk Lee Chong Wei wira negara,
Maybank2u mudah dan mesra pengguna,
menjimatkan masa, wang dan tenaga,
dengan Maybank2u hidup lebih bahagia.

Saya tak boleh bayangkan kehidupan saya tanpa Maybank2u. I heart Maybank2u



Blogger yang nak join contest ni boleh klik Maybank2u
 
atau join Facebook contest  klik Maybank2u save me

Sunday, December 30, 2012

Kidzania KL















Hari ni bawak Naim yang berumur 4 tahun setengah ke kidzania KL. Guna tiket yang menang contest Oreo Ucapkan Untuk Ayah hari tu, dpt conso prize 2 tiket ke kidzania. so, saya and naim yang masuk.

masa pegi ni time cuti sekolah kan, so org memang ramai. tapi ok je cuma nak menunggu tu satu hal. kena pandai bahagi masa and plan awal2 dh nak masuk apa sesuai dgn umur anak

mula2 naim masuk marrybrown, buat burger, lepas tu jadi bomba, yg bomba bi paling best tp plg lama kena tunngu. lepas tu beratur lak jadi dentist. last sekali buat art painting. so, total 4 aktiviti dlm masa lebih kurang 4 jam

review keseluruhan=kidzania ni sangat menarik, memang berbaloi dengan harga yang ditetapkan. memang boleh datang lagi utk buat aktiviti lain pulak. cuma masa kena plan supaya banyak boleh masuk aktivit. makesure anak kenyang, cukup tido and sihat supaya dia tak buat perangai nanti. mlm sebelum g kidnazia memang tidurkan dia awal supaya dia ok the next day utk hari yang busy untuk berkerja

Saturday, December 15, 2012

winning entry

 Menang tefal Merdeka Raya contest
 Menang Perfume David Beckham. 2 untuk lelaki, 1 untuk perempuan. yg lelaki tu saya dh jual 1, satu lagi tu utk husband. best sgt ni sebab nilai perfume ni dalam RM600-Rm700 ni
Ni hadiah saguhati jek dari contest koolfever, dapat keychain 1 lagi, tak tau dh ke mana masa nak ambik gambar

Untuk catatan sahaja, supaya lebih bersemangat nak bercontest..:)

Sunday, December 2, 2012

Masak-masak








Update gambar masak masak sket, ni yang sempat di ambil. Sekarang takde masa nak update ANJUNGNORRY. Order lagi la tak ambik, kat ofis dah sibuk, kat rumah sibuk uruskan rumahtangga. Teringin nak buat durian crepe, tengok ada masa nanti mesti buat...:)

Monday, November 26, 2012

Terkini



Gambar terkini keluarga saya,Tahun depan Naim dah masuk 5  tahun and saya plan nak hantar dia pergi sekolah...Faiz pulak sekarang asyik nak bertempek dan dah faham banyak benda tapi tak pandai cakap lagi

Tuesday, November 20, 2012

Menang contest

 Ni hadiah kosmetik Burberry dari majalah Intrend, eyeshadow tu sgt best, natural looking bila guna tu.


 Ni agak lama jugak dh menang, voucher pun hampir habis digunakan, ada gambar saya kat dlm magazine pearl AEON Jusco bulan berapa tah, kuali La Gourmet tu harganya cecah seribu

 Menang set Corelle peraduan menghias biskut daisy, hantar 2 penyertaan, dua2 terpilih,tp syarat penyertaan boleh menang satu hadiah, lain kali letak nama org lain jugak ehh..:)

 Ni magazine contest jugak, from Blu Inc
 2 tiket ke kidzania.Ni menang conso jer peraduan ucapkan untuk ayah OREO, bagus2 sebab memang cadag nk bawak naim ke kidzania

Gift Voucher cuti2 Malaysia kat Melaka...best2, memang plan nak bercuti, ingat nak redeem bln 1, bila habis cuti sekolah, tak crowded sgt dh tempat tu


Sekadar catatan, penambah semangat nak join contest, sekarang sgt busy dgn anak, terutama faiz, jadi masa untuk bercontest sedikit limited, apapun usaha tangga kejayaan

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP