#MyTravelokaEscapade - Melbourne
Sebelum itu, apakah itu Traveloka? Untuk pengetahuan semua Traveloka ialah sebuah website yang membantu kita untuk menempah hotel dan tiket penerbangan dengan harga promosi dan terendah. Kita juga boleh menempah kedua-duanya secara serentak tanpa perlu bersusah payah..dengan Traveloka memang mudah untuk bercuti.
Mengapa kita perlu menempah dengan Traveloka, kan banyak lagi website yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Ini ialah jawapannya..
1. Kemudahan Menyeluruh Terbaik
Penyelesaian menyeluruh-tempah tiket penerbangan dan hotel murah di Asia Tenggara dan pada masa yang sama dengan penjimatan hebat
2. Harga Terbaik
Harga yang paling kompetitif untuk tiket penerbangan dan hotel di Asia Tenggara
3. Harga jujur
Tiada Caj tersembunyi. Apa yang anda lihat adalah apa yang anda bayar
Itulah sebabnya kita MESTI memilih Traveloka untuk bercuti ye....banyak kelebihan dan penjimatan jika kita menggunakan Traveloka ni.
Selain tu kita juga boleh muat turun apps Traveloka pada handphone..
Kalau ada apps ni lagi senang tau kalau nak tempah hotel dan flight..lebih senang, lebih cepat. Lepas tu, tak payah susah-susah nak print tiket ke voucher apa, tunjuk e-ticket kat apps tu je. kan senang kerja tu..:)
Saya sangat teruja untuk
menyertai pertandingan ni sebab berpeluang menang percutian secara percuma! Hoorayyyy
menyertai pertandingan ni sebab berpeluang menang percutian secara percuma! Hoorayyyy
Daripada 10 destinasi ini saya memilih
.
.
.
.
.
Wow!!! sangat hebattt dan seronok ni kalau Traveloka taja percutian ke Melbourne ni....
Apa yang saya ingin lakukan sekiranya Traveloka menaja percutian saya di Melbourne
1. Menyelusuri pantai Great Ocean Road dan Philip's Island nan indah sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang sungguh mengkagumkan...Orang kata jauh berjalan luas pemandangan. Mesti bentuk muka bumi negara orang tak sama dengan negara sendiri kan. Sebab tu kita kena berjalan di tempat lain supaya kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan kebudayaan masyarakat lain.
2. Melawat Captain cook’s cottage
Saya ingin melawat Captain's Cook Cottage.Cook's Cottage terletak di Fitzroy Gardens ialah sebuah rumah lama peninggalan Captain James Cook. Cook's Cottage ialah rumah tertua di Australia dan merupakan tarikan pelancong di sini. Khabarnya cottage ni cottage lama yang dibina pada tahun 1755 dan sebenarnya
cottage ni dibina di Yorkshire, England tapi kemudiannya dilayarkan ke
Australia pada 1934.
3. Melbourne Zoo
Nak tengok kanggaroo...kanggaroo dan kangaroo lagi. Koala juga huhuhu.......Kangaroo hanya ada di Australia sahaja ye...sebab tu teruja sangat kalau dapat pergi Melbourne ni habislah semua encik kangaroo sana nak ambik gambar..selfie...wefie semua............mesti anak-anak saya excited lari keliling zoo dapat jumpa encik kanggaroo ni...
4. Melbourne Star Observation Wheel
Dengan menaiki Melbourne Star Observation Wheel ni kita dapat menikmati keindahan pemandangan keseluruhan kota Melbourne ni. Best tu, naik je ni, terus dapat tengok keseluruhan Melbourne. kalau naik waktu malam mungkin lagi cantik sebab nampak lampu-lampu dari bangunan pencakar langit yang ada di bandar Melbourne ni.
5. Yarra Valley
Yarra Valley mempunyai pemandangan yang cantik, landskap yang
menarik, ladang luas yang dipenuhi tumbuhan dan buah-buahan sememangnya menjadi
destinasi terunggul di Melbourne. Paling penting nak pergi tengok dan petik buah anggur
tu…bestnya..:). Mesti banyak pokok-pokok yang tak ada di malaysia. Oh, bunga-bungaan pun mesti banyak....
6. Melbourne Museum
Memandangkan saya ada anak-anak kecil, semestinya museum Melbourne menjadi
destinasi pilihan sekiranya ke Melbourne. Mesti seronok anak-anak melihat
pelbagai replika dan peninggalan sejarah di sini.
7. Bergambar banyak-banyak
Ni wajib buat kalau bercuti ye..harus ambil gambar banyak-banyak untuk buat kenangan..:)
Banyak lagi tempat-tempat menarik di Melbourne ni yang boleh dikunjungi.
Rasanya kena spend masa dalam 5 ke 6 hari juga untuk meneroka tempat-tempat
menarik di sini.
Puffing Billy...keretapi wap yang masih berfungsi..
Puffing Billy...keretapi wap yang masih berfungsi..
Ok..Melbourne destinasi impianku, semoga berjumpa kamu nanti
Semoga Traveloka terus maju dan berjaya.
Akhir kata, terima kasih dan tahniah Traveloka #MyTravelokaEscapade kerana menganjurkan pertandingan yang
sangat AWESOME ini..
0 comments:
Post a Comment