Monday, May 26, 2014

Ikea








Dah lama tak ke ikea, sekali pergi memang rambang mata. Ada a few yang dilisting sudah beli, ada belum dibeli, tengah fikir-fikir nak letak kat mana....yang pasti pergi berdua dgn husband boleh la makan meat ball. kalau pergi dgn anak-anak saya surrender mau beratur..

Sunday, May 11, 2014

Happy Mother's Day


Bag yang di buat di sekolah untuk mother's day . Thanks sayang Naim, ummi  akan sentiasa menyayangimu




My mini garden dengan bunga yang semakin mekar...:)










Ni pokok limau purut, kari and kaduk....

Monday, May 5, 2014

Play Room



Play room yang belum siap sepenuhnya. Ni kat tingkat bawah. Tingkat bawah ada 2 bilik, satu bilik tetamu and satu lagi bilik maid/utiliti. bilik maid tu dijadikan play room or study room untuk naim. kalau buat kt tengah rumah, nanti si faiz mengacau,so dia diam2 duk sorang2 dlm tu buat keje sekolah...erkkk...tadika pun dh ada keje sekolah eh.....

Tiles kat dapur and maid's room ni kasar. tapi kalau tumpah air tak licin la or nk tumbuk sambal guna lesung  tiles tu tahan lasak and actuaally lg mahal dr tiles kt ruang tamu yang cantik, licin dan berkilat. masalahnya not friendly to my foot. sakit kaki sebab kasar. Nak buat vynil flooring husband tak bagi katanya nanti rosak tiles tu. memang le bila letak vynil, vynil akan di gam terus ke lantai. vynil mmg sesuai untuk dapur compare to laminate flooring yang tak tahan air. vynil tahan air, lasak and tak licin, tumpah air pun takpe.....

nyanyi je la nak VYNIL FLOORING...VYNIL FLOORING...mana satu satu hari husband tetiba approved...wink....

Buruk pulak nampak letak tikar getah...akan ku cover dgn play mat cantik nanti...

Sunday, May 4, 2014

Progress Taman Mini


Taman mini yang 70% siap. Tengah cari pokok yang sesuai untuk tanam dalam pasu petak


 My little helper


                                                                   Picnic time!!!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP