Sunday, June 24, 2012

Bercuti di Bandung



















Dah lama pegi tapi baru nak upload, sangat banyak benda berlaku, yang penting sangat best bercuti di Bandung ni....:)

Yang paling best masa kat Tangkuban Perahu, tempat tu sangat cantik, sejuk, kalau nak shopping, pasar baru memang tempat yg best, kain pasang sangat murah. Rumah Mode lak tempat baju yg branded. Makanan kat sana pun sedap.

Ooohh..trip kali ni sebab my husband menang contest ambi pur, sepatutnya pakej ke Phuket tp macam tak sesuai nak ke sana. So, kami pilih Bandung...minta doa rezeki nanti nak ke negara 4 musim pulak insyaallah


Re update pasal Bandung sebab ramai orang masuk page ni. Kalau nak bercuti mana2 mesti kita cari kat pak google dulu kan untuk persediaan. So, apa salahnya saya berkogsi pengalaman.

Perjalanan dari kuala lumpur ke Bandung ni tak lama, dalam 3 jam lebih je. saya naik Air Asia. lapangan terbang Bandung kecik je. Sampai kat sana, kami dijemput oleh kawan sedara saya yang memang orang bandung. so saya tak boleh la nak cerita pasal supir segala sebab ni memang kawan dia.

Untuk makluman, kat Bandung sejuk sikit berbanding malaysia, terutama kalau pergi kat Tangkuban Perahu tu,kalau bawak anak kena sediakan jaket. kalau takde pun takpe, sebab pakaian memang sgt murah kat sini. Jaket yg saya belikan untuk faiz tu baru 65 ribu rupiah, so dalam RM25 ringgit mcm tu. kalau pergi tangkuban perahu ni memang ramai orang tempatan yang menjaja. dia sanggup ikut ke mana2, berjam2. last2 husband saya beli la jugak sebab malas nak tgk dia duk mengikut. Ohh jgn lupa beli strawberi yang dijual, sebab hari tu tak beli strawberi tu, ingat nak gi ladangnya petik, tgk2 kat ladang strawberinya kecik2. Nyesal.

tempat yang paling best shopping kat Pasar baru, tempat ni paling popular kat sini. kalau pegi sini, pergi semua tingkat ye. sebab lain tingkat lain barang yang dijual. Saya suka shopping kat sini berbanding dgn rumah mode(tempat barang branded). 

Pasal makanan pulak, takde masalah langsung, selera pun macam tekak orang melayu jugak. Tapi harga makanan macam harga kt malaysia, takde la murah sangat. kalau nak beli kek ke ole2 makanan dari bandung, biasanya orang akan pergi ke Kartika Sari.

Saya tak masuk pun Universal Studio Bandung sebab kitorang bukan jenis yang suka bermain. Mungkin menarik bagi org yang suka adventure


Total perbelanjaan saya yang shopping untuk diri sendiri and anak2(ada sikit beli untuk adik-beradik, kawan and baju untuk ayak) ialah 2.5 juta rupiah(dalam RM1000). Memang banyak giler barang yang dapat, Bandung ni memang syurga beli belah. Handbag satu dalam RM16, cantik lak tu...tak dapat harga tu kat mesia huhu. tudung pun  ntah berapa helai saya beli, belum campur blouse, kain pasang, baju anak....

makan2 semua di sponsor oleh encik suami, hotel and flight dapat hadiah ambi pur.

Setakat ini sahaja. Moga2 berguna buat panduan sesiapa nak ke Bandung ye

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP