Tuesday, November 1, 2011

My Happiest Moment

Photobucket


Photobucket



Photobucket


Olympus dengan kerjasama Nuffnang menganjurkan My Happy Moments dan Happy Photography Contest. Contest ini menyeru para bloggers berkongsi saat-saat manis dan indah yang tidak dapat dilupakan melalui fotografi yang dirakamkan dengan kamera masing-masing. Saya berasa terpanggil untuk berkongsi saat-saat manis saya bersama bloggers di bawah bumbung nuffnang.


Photobucket

Ini ialah foto 'My Happiest Moment'


Menantikan saat untuk bergelar ibu adalah saat yang paling manis dan indah dalam hidup saya. Menunggunya lahir dengan penuh sabar, setiap detik diraikan dengan penuh kasih-sayang, setiap salur darah mengalirkan darahku ke tubuhnya, setiap hela nafasku membekalkan oksigen padanya, ceriaku juga cerianya. Dukaku jua dukanya. Ceritaku juga ceritanya.

Ku abadikan saat paling gembira ini dengan potret-potret indah, bukti kasih-sayang kami(ummi dan ayah) yang tak pernah padam, walaupun berzaman. Inilah potret ketika KAMI BERKONGSI SEGALANYA.

Sajak Saat Gembira

Saat yang sungguh istimewa
Terjalin ikatan murni antara kita
Dari senyum terpancar ceria
Tak sabar menantimu ke dunia

Tangisan pertamamu meyentuh kalbu
Comel sungguh jari-jemari kecilmu
Hadirmu mengisi ruangan hidupku
Mewarnai kanvas kehidupan indahku

Fotografi adalah salah satu hobi saya yang utama, bagi saya saat-saat indah dan bermakna dalam hidup ini tidak harus dilepaskan begitu saja, harus dirakamkan agar memori itu terus kekal dalam ingatan, kamera mesti menjadi teman setia saya di mana-mana sahaja saya berada. Dengan 2 orang anak kecil ketika ini, saya memerlukan kamera berkualiti tinggi tetapi kecil dan ringan seperti kamera 'Point and Shoot' yang boleh dimuatkan dalam beg tangan saya berbanding kamera DSLR saya sekarang yang besar dan berat. Yang penting juga, ianya mestilah mampu menghasilkan gambar berkualiti tinggi dan harus juga tampak bergaya!!!

SEKEPING GAMBAR, SERIBU MAKNA


Photobucket
Gambar ini sekitar tahun 2008 ketika mengandungkan anak pertama



Album kenangan


Photobucket
Wedding....sweetttttt...

Photobucket
Saat manis!!!



Photobucket
Anak pertama saya, Naim hamzi


Photobucket
Anak kedua, Faiz Hariz




Photobucket

Keluarga Bahagia!!!



Photobucket

Ohhh...Ini gambar bersama teman-teman...


Photobucket
Saya suka memasak dan mencuba pelbagai jenis resepi, kalau saya masak dan menjadi, itu juga saat paling gembira-(Optometris yang suka memasak..:)). Ni gambar daripada blog masakan saya ANJUNGNORRY


Photobucket

Konvokesyen adik saya....happy and smileeeeeeeeeeeeeeeee..

'Happy Moment' bagi saya adalah saat yang bermakna dalam hidup yang ingin saya kenang buat selamanya. Tidak kira ketika saya bersama keluarga atau rakan-rakan atau di mana sahaja, ketika berkongsi saat gembira. Apa sahaja aktiviti atau majlis, kerana saat itu telah membuat saya gembira, Begitu banyak happy moment dalam hidup saya seperti dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, konvokesyen,perkahwinan, pregnant, dapat baby, menang hadiah(ehemm-ehemm) dan lain-lain, ianya haruslah juga dirakam dalam bentuk fotografi supaya kenangan itu kekal segar dalam ingatan.

'FREEZE THE MOMENT'

video
Bukan hanya gambar, video pun memberi seribu kenangan. Ini video yang saya rakam, macam mana agaknya reaksi diorang bila tengok video ni besar nanti





Olympus PEN Lite E-PL3


Photobucket
Kecil dan ringan, hanya seberat 265 gram, bergaya dengan kemasan brushed-aluminium, kamera yang boleh ditukar kanta ini menghasilkan gambar berkualiti tinggi seperti gambar DSLR, didatangkan dengan 4 warna anggun, putih, hitam, perak dan merah. Spesifikasi menarik dengan 12.3 megapixel, 3 inci skrin LCD yang boleh dipusing dan dicondong-pasti lebih kreatif bila merakam gambar dari pelbagai sudut, ISO sehingga ke 12800, Full HD Movie, autofocus yang cepat dan laju.





Olympus PEN E-PM1
Photobucket
Kamera Olympus boleh ditukar kanta yang paling ‘MINI’ dari siri Olympus PEN iaitu hanya seberat 217 gram, tetapi sangat bergaya. Gambar impresif seperti kamera DSLR, spesifikasi hebat dengan 12.3 megapixel, 3 inci skrin LCD, ISO sehingga 12800, Full HD Movie, autofocus yang cepat dan laju, mempunyai 6 pilihan warna hebat iaitu hitam, putih, perak, coklat gelap, ungu dan pink. Juga sangat mesra pengguna.







Olympus PEN carry-all bag
Cara yang paling bergaya untuk membawa Kamera Olympus PEN. Dengan saiz compact dan fleksibel, mempunyai ruangan-ruangan untuk mengisi aksesori kamera seperti lens, flash dan lain-lain.. Dedikasi daripada Olympus untuk dipadankan dengan kamera Olympus PEN. Sungguh stlylish bukan!!!!






Olympus mempersembahkan bukan satu, bukan dua tetapi tiga kamera Olympus PEN baru untuk memberi lebih kreativiti kepada kehidupan iaitu PEN E-P3, PEN E-PL3 dan PEN E-PM1. setiap model mempunyai ciri-ciri dan keunikan yang tersendiri. Antara kelebihan pada siri Olympus PEN ini ialah:


1.Imej gambar yang sangat berkualiti
Dengan Megapixel besar 12.3 megapixel menjanjikan kualiti imej yang ‘superb’.Setiap kamera dilengkapi dengan AF illuminator dan ISO sehingga 12,800 membolehkan gambar yang terang walaupun dalam pencahayaan kurang. Olympus PEN memperkenalkan TruePic VI Image Processing Engine baru untuk memperelokkan warna dan kelajuan. Dust Reduction System dan In-body image stabilization membolehkan gambar dan HD video menjadi lebih terang dan jelas.

2. Fast AF speed
Kamera Olympus PEN dilengkapi dengan 12.3 megapixel Live MOS Image sensor TruePic VI Image Processor dan new frequency acceleration sensor technology (FAST) autofocus system membolehkan gambar di fokus dan dirakam dengan lebih cepat. Ada 35 fokus point berasingan untuk memfokus walaupun pada subjek yang kecil.

3. Kebebasan Berkreativiti
Memperkenalkan keseronokan berkreativiti dengan memperkenalkan Full HD video, anda bebas merakam video dengan kreativiti anda sendiri. Juga dilengkapi dengan Art Filters-rakam pelbagai gambar dengan pelbagai jenis filter untuk hasil yang berlainan. Ada sehingga 10 jenis filter mengikut model kamera PEN (Diorama, Pop Art, Soft Focus, Pale & Light Color, Light Tone, Grainy Film, Pin Hole, Cross Process, Gentle Sepia and Dramatic Tone), ada multiple explosure, aspect ratios dan In camera editing(canggih, boleh edit dalam kamera, tak payah dah edit kat software lain).


Wowww...Tilting LCD...CANGGIHHH!!!!

4. Senang digunakan
Senang digunakan dengan susunan butang, struktur menu dan user interfaces baru. Dengan skrin besar 3.0 inci, pasti mudah untuk mencari struktur menu, PEN E-PL3 mempunyai tilting skrin 3.0 inci membolehkan gambar diambil pada pelbagai sudut sukar

Struktur butang yang mudah..


5. Kecil dan ringan
Saiz yang paling kecil dan berat yang paling ringan dalam kelasnya menjadikan kamera Olympus PEN ini sangat portable untuk dibawa ke mana-mana. Tidak perlu lagi membawa kamera yang besar semata-mata untuk mendapatkan gambar yang bagus kerana kamera Olympus mampu menghasilkan gambar berkualiti setanding DSLR!!!





DSLR menghasilkan gambar yang berkualiti tetapi besar dan berat, tak muat untuk dimasukkan dalam handbag saya.
+


Kamera Point-and-Shoot(PnS) saya kecil dan ringan tetapi gambar pula kurang berkualiti

+Ohhh....saya perlu juga Full HD Video Camcoder

=

Kamera 3 in 1, KAMERA OLYMPUS PEN :) :) :), Gambar superb + kecil dan ringan + ada perakam video full HD=(Impian saya)


Tips fotografi (daripada seorang amatur ...:) )

  1. Fahami kamera -baca manual kamera, kenali dan fahami butang-butang yang ada pada kamera dan fungsi-fungsinya.
  2. Membuat sedikit kajian mengenai istilah-istilah fotografi mudah seperti apa itu ISO, shutter speed, aperture, composition dan explosure, dengan sedikit pemahaman boleh menukar gambar biasa kepada gambar yang lebih cantik.
  3. Belajar cara edit gambar, banyak perkara boleh dilakukan terhadap gambar-gambar yang telah dirakam seperti crop, mencerahkan gambar yang gelap danlain-lain untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik, gunakan software mudah dan tidak rumit (bonus jika memiliki Olympus PEN kerana kamera ini dilengkapi built in editor yang membolehkan kita meng'edit' gambar terus dalam kamera



Kamera Olympus adalah pilihan yang sangat tepat untuk dimiliki oleh sesiapa jua. Di tambah pula kualiti gambar yang cantik , sofistikated, rekabentuk menarik dan pilihan pelbagai warna terang yang sungguh menawan berbanding warna kamera perak atau hitam biasa. Pasti bagus untuk para bloggers, untuk berkongsi saat-saat riang-ria melalui rakaman lensa Olympus untuk post-post terbaru anda.


Kesimpulannya, kamera generasi ke-3 Olympus PEN series ini memang sangat hebat, paling kecil dan ringan dalam kelasnya, ibarat sebatang PEN yang mudah dibawa ke mana-mana, boleh dimuatkan dalam beg kecil anda…HEBAT bukan!!


Terima kepada Olympus dan Nuffnang kerana menganjurkan Contest yang best ini



4 comments:

Layyinul Harir December 7, 2011 at 7:21 AM  

Wow, sgt menarik kamera pen olympus ni kan..tak perlu norry nak bawak dslr y besar tu, susah utk handle especilly bila dah ad 2org anak ni..kamera yang boley dimasukkan ke dlm handbag lbih mdh,xperlu nk bawa dlm beg y brasingan..

p/s: sgt rs cam truly 'happy moment' bila tgk gmbr2 norry ni,especially masa pregnant tu:) Aura perasaan gembira menanti kelahiran ank pertama :p

mermaidcomel December 8, 2011 at 3:28 AM  

Very interesting post....hope u win. ....comel sangat gambar-gambar tu

Norry December 8, 2011 at 3:34 AM  

Layyinur
Tu la pasalnya....sekarang ni memang tak bawak sgt kamera besar sebab susah nak bawak dgn 2 orang anak kiri kanan, kalau menang ni memang best...masa pregnant memang sgt best..menunggu orang baru walaupun banyak sgt dugaan masa mengandung ni

Norry December 8, 2011 at 3:35 AM  

Mermaidcomel...TQ dear...saya memang suka sgt bergambar

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP