Giveaway:Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku
Kaedah Penyertaan :
- Sertakan sekeping gambar anak anda dengan buku
- Tuliskan bagaimana anda merangsang atau menggalakkan anak anda membaca buku
- Namakan alat bantu mengajar yang anda gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca
Syarat lain :
- Anak berusia 9 tahun dan ke bawah
- Letakkan link blog ini dalam bloglist blog utama anda, sila nyatakan blog utama anda di dalam entry penyertaan
- Letakkan link blog penaja hadiah utama dalam bloglist blog utama anda dan follow R.U.M.A.H.K.A.M.I
- Letakkan gambar rasmi giveaway ini di dalam entry dan di sidebar anda dan pastikan di linkkan ke entry giveaway ini.
- Tinggalkan link penyertaan anda di dalam kotak komen dalam entry ini
Tempoh penyertaan :
- 1 April - 30 April 2011 (sehingga tengah malam)
Nama: Naim Hamzi Bin Halimi
Umur: 2 Tahun 9 Bulan
Bagaimana saya merangsang atau menggalakkan anak saya membaca buku
Bagi saya, apa yang paling penting ialah kita memahami tahap perkembangan seseorang anak, Setiap anak dari lahir hingga dewasa akan melalui tahap perkembangan dari segi fizikal, sosial dan kognitif. Dari situ, kita boleh menyediakan bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan kemampuan anak tersebut.
1. Langkah pertama untuk menanam minat membaca ialah menyediakan bahan bacaan iaitu buku yang sesuai dan mudah dicapai oleh anak itu sendiri, jadi tempat penyimpanan buku haruslah sesuai dan mudah diambil
2. Role Model: ini bermaksud kita sendiri mesti rajin membaca, jadi barulah anak ada seseorang untuk dicontohi. Apabila ibu-bapa rajin membaca ianya juga secara tidak langsung akan menjadikan anak berminat untuk membaca
3. Menjadikan buku sebagai hadiah, jadi anak akan menggangap bahawa buku adalah sesuatu yang berharga
4.Jadikan membaca sesuatu yang menyeronokkan, gunakan tona suara yang berbeza, berlakon atau apa sahaja bagi membolehkan sesi pembacaan tersebut menghiburkan.
5. Baca berulang kali- Jadikan amalan membaca satu rutin
6. Tutup Televisyen-ini bermaksud, jauhkan dari segala unsur luar yang boleh mengganggu sesi pembacaan
Menggalakkan anak membaca bukanlah sesuatu yang sukar asalkan kita mempunyai usaha ke arah itu
Namakan alat bantu mengajar yang saya gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca
Alat bantu mengajar saya
1. Buku:buku semestinya yang paling penting, buku juga mengikut umur dan perkembangan Naim sendiri, dari flash card, hingga ke Children Dictionary
2. Crayon Besar, pensil warna- ini biasanya dibuat selepas aktiviti pembacaan, biasanya aktiviti melukis balik lukisan di dalam buku yang dibaca dilakukan untuk menambahkan keseronokan, saya beli crayon yang besar supaya senang Naim nak pegang.
3. Video Compact Disc(CD) atau Cakera Padat, Bagi Naim tengok tengok cerita Upin dan Ipin pastu beli pulak buku Upin dan Ipin, mesti dia nak baca buku Upin dan Ipin tu
4. Stamping cop untuk cop gambar menarik, play dough untuk membentuk macam-macam seperti dalam buku yang dibaca, ini lagi menyeronokkan Naim
5. Permainan- sebenarnya membaca hanyalah salah satu dari proses pembelajaran, banyak lagi proses pembelajaran contohnya bermain, semasa bermain banyak benda yang boleh dipelajari oleh anak-anak. begitu juga dari segi penglihatan, anak-anak memperolehi maklumat yang sangat banyak dari proses visual, begitu juga dari pendengaran, derita rasa, apabila semua proses ini digabungkan, ia akhirnya akan membentuk seorang anak yang cerdas dan cergas
Kita cuba buat yang terbaik untuk anak-anak, yang penting berfikiran positif, banyak membuat kajian dan bacaan mengenai perkembangan kanak-kanak, akhirnya kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya anak kita menjadi seorang yang berjaya dan berguna Dunia dan Akhirat

Buku The Developing Child tu memang bagus sebab dalam tu terangkan umur dengan tahap perkembangan anak dengan terperinci.
Ni untuk ummi....saya langgan selama 2 tahun dah ni..penuh kat rumah magazine pama and magazine rasa(ni untuk masak-memasak ye)
Ni alat bantuan mengajar, VCD, ada VCD yang sekali dengan buku, jadi buku tu gambarnya sama dengan yang dalam VCD...Naim memang suka
Di atas ni ialah aktiviti lain yang boleh membantu proses pembelajaran...oh saya bercadang nak bawak Naim ke AQUARIA KLCC 30 April ni....mesti seronok dia tengok macam-macam hidupan laut.....