Monday, February 8, 2010

Resepi Puding Karamel




Resepi Puding karamel
Bahan-bahan
5-7 biji telur bergantung pd saiz
1 tin susu cair
3/4 tin air
Esen Vanilla 1/2 botol(untuk mengelakkan bau hanyir telur)- saya letak 2 sudu je
gula 1/2 cawan
Cara-cara
Pukul telur dan gula
Tambahkan susu cair
Tambahkan air
Tambahkan esen vanilla
Gula Halus
1/2 cawan air + 1/2 cawan gula
Masukkan gula dalam periuk/kuali, panaskan hingga gula keperangan, masukkan air, kacau hingga pekat. Tunggu hingga sejuk
Masukkan gula hangus dalam loyang, masukkan adunan puding tadi, kukus selama 1/2 jam hingga 45 minit
Tips
1. Pukul telur dan gula perlahan-lahan untuk mengelakkan buih2 yang terhasil seterusnya menyebabkan puding tidak smooth
2. Tapis adunan puding sebelum dimasukkan ke dalam loyang untuk dikukus bagi memastikan tiada buih2 atau sebarang ketulan
3. Bungkus tudung periuk pengukus dengan kain untuk mengelakkan air dari tudung periuk jatuh ke dalam puding yang sedang dikukus
4. Kukus dengan api yang perlahan
5. Bila dah masak, tunggu hingga puding sejuk, pastikan tepi tidak melekat atau guris dengan pisau di tepi puding yang melekat pada loyang, kemudian letak pinggan di atas loyang, dengan cepat terbalikkan loyang
Selamat mencuba
From me
NORRY

5 comments:

alyyani February 8, 2010 at 5:48 PM  

da banyak kali amik resepi puding keramel ni, tp belum buat2 lagi. hampeh tul alya ni. hheheh..

Norry February 9, 2010 at 3:22 AM  

Alya, should try eh...hehe

Layyinul Harir February 23, 2010 at 4:04 PM  

Eh, takkan esen vanila setengah botol? K.Long silap tulis ek?

nurul April 28, 2010 at 7:17 AM  

salam perkenalan...
bestnya resepi ni...sy pn nak belajar masak..blh buat utk husband..

Norry May 28, 2010 at 7:02 AM  

memang setengah botol esen vanilla tu

nurul, try jgn tak try

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP