CUTEST BABY OF THE PLANET 2009-FINALIST -KLIK PICTURE
BY
Nama : Naim Hamzi bin Halimi
Tarikh Lahir : 24 Julai 2008
Maksud nama Naim Hamzi
Naim bermaksud Kesenangan
Hamzi bermaksud ketegasanku
Nama ini dipilih oleh ayah Naim dan dipersetujui oleh saya. Kami sepakat memilih nama ini kerana kami mengharapkan anak kami ini akan beroleh kesenangan di dunia dan di akhirat dan memberi kesenangan kepada orang lain nanti. Hamzi yang bermaksud ketegasanku pula dipilih dengan harapan anak kami akan menjadi seorang yang tegas, bertanggungjawab, berdisiplin seterusnya berjaya dalam apa jua bidang yang dia ceburi.
Ni Name Tag Naim....
Memorable Moment
Terlalu banyak perkara manis bersama dengan anak yang tersayang, setiap senyumnya, tangisnya, meruntun perasaan keibuanku. Perkara yang paling manis dan paling diingati ialah saat pertama Naim Hamzi melangkah, berjalan buat kali pertama. Saat itu sangat diingati kerana Naim terus berjalan laju tanpa bertatih dan terus melangkah memeluk kami. Sangat comel, dia tersenyum sambil lagi melangkah.....dan melangkah. Saya mempunyai satu buku/album yang khas untuk mencatat pencapaian bayi dari dalam kandungan hingga berumur 12 bulan. Jadi saya tidak terlepas untuk mencatat sebarang perkembangan baru Naim. Buku ni saya beli di MPH dengan harga RM24.90, ianya boleh dijadikan sebagai album juga kerana kita dikehendaki menampal gambar yang berkaitan dengan setiap perkembangan bayi tersebut. Saya tidak sabar menunggu saat Naim Hamzi menuturkan perkataan pertamanya, Naim belum dapat menuturkan 'first word' lagi, hari demi hari saya menunggu dengan sabar saat dia memanggil saya UMMI. Sangat indah saat dia memeluk dan mencium saya, terasa perkongsian kehidupan dengannya sangat bermakna. Saya berazam untuk merakamkan sebanyak mana gambar Naim yang boleh, bila saya lihat kembali gambar-gambar lamanya, saya teringat setiap moment saya bersamanya
TESTIMONIAL MENGENAI MOMBLOGGERSPLANET
Saya selalu melayari Mombloggersplanet untuk mendapatkan informasi keibubapaan, tips blogging, informasi terkini dan banyak lagi. Saya berpendapat bahawa MOMBLOGGERSPLANET mampu menyatukan bloggers ibu, bakal ibu Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan tempat melalui temanya Where Malaysian Moms Unite, kandungannya yang benar-benar bernas dan sangat informatif menggambarkan professionalisme dan kewibawaan penulis website ini. Pelbagai isu keibubapaan dapat didapati di sini. Bukan itu sahaja, pelbagai isu semasa dan terkini dimuatkan dalam kandungannya. Blogger juga boleh berforum membincangkan pelbagai topik disamping dapat mengeratkan hubungan antara bloggers. Terdapat pelbagai post berinformasi dan yang penting juga link untuk shopping di Mombloggersplanet. Mombloggersplanet mampu melangkah lebih jauh lagi dalam usaha menyatupadukan seluruh ibu, bakal ibu Malaysia. 1Malaysia....
Contest ini dianjurkan oleh
MOMBLOGGERSPLANET
Penaja
The Photolicious
Littlestori / MilinKasim
Thelittlebigshots
Lensamama
Lilkaistore
NabilaHouse
LittleRedReadingNook
Cupcake Chic Children's Boutique
SabahAccesories
EverythingForYouFromMe
Adrini's
1 comments:
okeh, entri reviewed.. can remove the stickyness already ;)
Post a Comment