Monday, June 15, 2015

Legoland-Pulai Spring Resort

 Voucher menang ke Legoland-Pulai Spring from Majalah Impiana..syukur alhamdulillah..rezeki
setelah berusaha bersungguh2 nak menang ni..:)















Tak de masa nak menulis...overall..Legoland adalah sangat-sangat best untuk dilawati kalau ada anak kecik yang dah pandai main. Satu je kelemahan. Cuaca kat malaysia ialah panas. yang lain semua sgt ok..bagi 5 star kat legoland..:) dan juga penginapan kami Pulai Spring Resort at Cinta Ayu

Wednesday, June 3, 2015

Dapur Basah


 Ni la ruangan dapur basah saya. Asalnya ruang ni ialah back yard. Tapi dah di extend,  sebahagian dibuat dapur basah and sebahagian lagi buat untuk laundry. Dapur basah and dapur kering dua2 guna glass 3G. Table top guna tiles. Dapur kering guna table solid surface tp tak berapa nak elok compare dengan tiles, kat rumah saya ni dapur kering tu lagi lasak penggunaannya compare to dapur basah, sebab dapur basah saya sorang je yang guna and memang boleh susun and kemas elok-elok. Tapi bahangian dapur kering, semua orang guna. Anak-anak letak barang merata. pastu tumpahkan air la, itula....so susah sikit nak teratur kat situ. Dapur basah ni kena bukak pintu baru masuk. So, memang anak-anak tak dibenarkan sangat masuk terutama kalau tengah masak...:)





Ni rak yang susun segala barang mak nenek kat situ, beli kat tesco aje, dalam RM75 satu rak ni

Thursday, May 28, 2015

Taman mini dan ros jepun comel





Sekarang dah demam Ros Jepun. Beli online aje. Kat facebook banyak kelab-kelab peminat ros jepun ni. Ada yang memang buat koleksi sebab ros jepun banyak sangat jenis...

Setakat ni saya ada satu jenis rare. Yang jambul hari tu ada beli 4 ros jepun jambul. Ni time dia meriah berbunga. Tapi ros jepun ni nak kena selalu trim and baja 2 minggu sekali. Time rajin ni kita bela dulu ye..dh mals esok kita cari bunga lain yang senang maintainance..:)

Wednesday, May 27, 2015

Penang 2015 dan konvokesyen adik



Sempena konvokesyen adik yang ke tiga(kak Chik), kami segerombolan pergi meraikan majlis konvokesyen di USM, Penang. Stay kt Hotel Century bay Penang. Tempat yang paling teruja nak gi ialah Toy museum memandangkan hero2 3 orang ni memang sangat suka figure super hero macam spiderman, iron man and ext...diorang memang sangat enjoy duk dalam museum tu....Anyway tahniah my sis sebab berjaya memperolehi ijazah. Sekarang tengah cari keje pulak..:)

Thursday, March 5, 2015

Dating

Ambil cuti satu hari berdating dgn en hubby di The Mines. Plan nk tengok wayang tapi time hari cuti anak wafiq demam, so gi keluar lunch je kejap pastu balik rumah cepat2 ambik anak kat nursery...begitula cerita mak beranak tiga. Anak adalah keutamaan





Monday, February 16, 2015

Yang Putih

 
Console table yang dah di cat putih few weeks ago, gambar sebelum kejadian sudah hilang bersama hilangnya samsung S4ku huk huk



My helper kat dapur. senang sangat memasak sekarang. nak menggoreng taruk je dlm en philips air fryer ni. 


Pasu baru....suka sangat sebab dapat harga diskaun 70% sebab kedai tu nak berpindah so jual murah(murah pon tak murah sgt aihh)

Monday, February 2, 2015

Family Photoshoot













Photoshoot weekend lepas. Photoshoot ni khas untuk Wafiq Hafi yang takde gambar sangat. Anak dah ramai ummi nya pun jarang pegang si encik nikon...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP