Hadiah buat Mak dan Ayah
Dibesarkan dalam keluarga yang susah membuatkan saya lebih menghargai apa yang saya ada. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah beserta usaha saya menjadi insan yang dapat menabur bakti pada orang lain. Mak dan ayah sehingga kini bekerja kuat demi menyara anak2 yang masih bersekolah, menukang rumah, menoreh getah adalah rutin, sebagai anak sulong saya cuba buat yang terdaya, membantu yang termampu, mak dan ayah, ini sahaja yang mampu saya berikan ketika ini, hadiah yang kecik jika dibandingkan dgn pengorbanan mak dan ayah. Semoga hadiah kecil ini dapat membahagiakan kedua ibu bapaku. Adik-adikku, belajar rajin2 dan sama2 kita membantu mak dan ayah