Thursday, September 15, 2011

Stok Susu

Ni stok susu yang dapat dikumpul sebelum kerja..seminggu lebih lagi kerja..


Ni saje je letak budak Faiz dalam bag ni..hahaha




Thursday, September 8, 2011

Lamanya tak update






Ni gambar-gambar masa balik kampung raya hari tu...tahun ni kitorang beraya berempat...syukur. Alhamdulillah semua ok, yang paling syok tahun ni boleh raya lama2 sebab saya tak perlu ambik cuti banyak, still dalam confinement, dan saya makan banyak pun berat badan tak naik sebab semua lemak diambil oleh si Faiz...tengok pipinya tu....owwhhh....saya sangat bahagia

Wednesday, August 10, 2011

Breastpump Modu


Beli breastpump Modu kat Fabulousmom RM550, ada free gift botol, ice pack, breastfeeding bra and cooler bag, kalau tak normal price untuk breastpump sahaja RM559

Modu breastpump boleh single pumping and boleh double pumping. Ada guna function untuk sedut mucous dari hidung baby, saya baru guna breastpump ni selama 4 hari, keseluruhan saya rasa sangat best, kat corong breastpump ni ada shield lembut, macam avent jugak, so, tak sakit masa suction, level suction ada 6, tapi saya biasa stop kat 4 je, suction modu ni lembut sikit tapi saya suka sebab saya tak tahan jenis yang kuat, hari tu ada try medela kawan mini e medela and rasa sakit suction dia walaupun buat yang paling slow, depends pada masing-masing. Saya try dulu kat Fabulousmom sebelum beli, so baru tahu sesuai ke tak dengan kita.Bunyi modu agak kuat sikit tapi saya rasa ok sebab kat ofis, tutup la pintu masa pumping session...:). Yang penting modu ni dia ada close system, so more hygienic.. susu takkan masuk dalam tubing..


Ni botol-botol, bottle warmer and organic cleanser for baby Faiz

Basuh dulu semua botol, and still guna breastpump avent ni, especially kalau gi course ke, MODU kena ada electric supply



Baby Faiz yang dah bam bam, breastfeed every 1 hour

Monday, July 25, 2011

Naim is 3















24 Julai 2011, Naim Hamzi is 3 years old, baby Faiz Hariz is 1 month old...happy..lagi 2 minggu habis pantang...

Thursday, June 30, 2011

Newborn Faiz Hariz







Monday, June 27, 2011

Our Newborn, Baby Faiz Hariz







Selamat datang baby Faiz Hariz,

Kehadiranmu begitu dinantikan, lahirmu membahagiakan....Alhamdulillah, kedua ummi dan baby sihat, banyak cerita, saat melahirkan, belum ada masa lagi nak mengarang....syukur atas kurnian Allah S.W.T

Thursday, June 23, 2011

Saatnya telah tiba?


23. Jun. 2011

Pagi gi keje macam biasa, pagi tadi terbangun lambat sebab tido lambat and Naim asyik terjaga2 je, semalam dia tak sihat. Bekerja macam biasa, klinik agak sibuk, sempat tengok 9 org patient, kebetulan hari ni memang ada check up kat O&G. Masa buat urin test, tengok2 ada darah dah, tak perasan tadi sebab sibuk dgn klinik, memang rasa senak dah sikit. Nurse suh gi PAC, tapi seb baik ada kenal orang kat O&G, so ada Dr yang nak terus nak check VE, check bukak 2 cm, tapi servic still tebal. Dr kata kalau ada contraction then datang balik, buat CTG, semua normal, anggaran berat baby 2.8 kg, ok la tu. Balik umah...siap-siap semua barang(sempat gak ngemas rumah sket, lipat baju naim yang dah dijemur...sekarang ni tunggu sakit contraction sebelum gi Hospital Pakar An-Nur bangi(dah tepon mak kat Ganu and my sis). Harap semuanya OK dan dipermudahkan olehNya

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP