Monday, October 28, 2013

Kidzania lagi


Kali kedua ke kidzania, yang first dulu pun menang saguhati contest oreo, dulu pegi dgn naim je. kali ni bawak faiz sekali, tapi faiz tak ada yang dia boleh masuk pun. cuma duk kat urbano house(place for toddler 3 years and below). Ayah naim temankan naim masuk macam2. kali ni naim g buat air vitagen, air masak, buat burger, jadi bomba, and again jadi dentist. yg dia paling seronok buat air vitagen, semangat lagi cakap senang je buat buat air vitagen, kemain confident eh. nak masuk buat aiskrim ramai sangat orang.takpe , my hubby ada lagi sepasang pas tapi boleh masuk weekday je, so bolehla banyak skit masuk tak ramai orang. kalau weekend sungguh ramai org, memang sikit je la boleh masuk sebab banyak yg kena duk menunggu. Anyway, kidzania memang best(umminya terlebih excited)

Saturday, October 26, 2013

Rumah Baru







Rumah baru 24x70 di Bandar Seri Putra yang bakal diduduki akhir disember insyaallah, masa tu baru lepas pantang. Banyak lagi benda tak siap ni. Hope cepat siap, so bolehle memborong perabot idaman. Kitchen kabinet pun belum siap lagi, gril, wiring semua dah settle. langsir pun dah tempah. nanti langsir dah siap nak cite pasal langsir plak, tapi railing langsir belum pasang lagi. Takpela, Mr hubby uruskan semua nanti. Buat renovation yang perlu sahaja, extend dapur and plan nak buat loteng. takde buat pun plaster syiling sebab husband tak suka yang down light,nak lighting yang terang and simple jeNi tgh tunggu hari nak bersalin(mood berdebar). Harap semuanya dipermudahkan Allah.

Saturday, October 5, 2013

Won Trip To Bangkok-Pemenang kuiz terkumpul majalah Anis

Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan. kali ni menang tempat ketiga contest kuiz terkumpul anjuran majalah Anis dan MASholiday. Dapat tiket flight for 2 ke Bangkok 3 hari 2 malam, di hotel 3 star.Tempat pertama dapat pakej gi Beijing for 2, best tu, tapi memandangkan anak dah ramai ni, nak bercuti kena tambah kos untuk anak2 pulak.




 1st prize dimenangi oleh blogger terkenal Eqbal Zack, selama ni jadi silent reader blog dia aje, hari ni dpt jumpa real



 Ada aktiviti untuk budak2, Naim join ni, nasib baik ada my sis yang baru cuti semester menemani hari ni



 Muzium di bangunan MAS
So next trip for next year is Bangkok, kena guna voucher ni sebelum april next year...baby dalam perut masa tu dah umor dlm 5 bulan lebih ins. Ooh...I need twin stoller....

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP